Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

2 Sahabat Maut, 2...

SEBERANG JAYA - Dua rakan maut dipercayai mengalami lemas karbon monoksida selepas ditemui...

Penduduk Gemas Alami 7...

TAMPIN: "Banjir kali ini adalah yang ketujuh sejak menetap di Taman Sungai Gemas,...

SPRM Johor Tahan Bekas...

JOHOR BAHRU - Seorang bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan...

TMJ Zahirkan Rasa Sedih...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan adiknya yang...

Terima Komen Ugutan Rogol, Diana Danielle Akan Ambil Tindakan

ISTERI pelakon Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle menganggap komen berbaur ugutan rogol yang dimuat naik seorang individu di media sosial sebagai tindakan keterlaluan.

Diana yang memuat naik status komen tersebut berkata, dia berasa keselamatannya terancam dan maruahnya diperkotak katikkan lelaki berkenaan.

“Saya bukan seorang pendendam tapi keselamatan dan maruah saya dipijak-pijak oleh lelaki yang ada latar belakang pengawal peribadi yang mendoakan kehancuran keluarga saya.

“Jangan menulis perkara seperti itu dan mengharapkan saya untuk mengabaikan potensi bahaya dan ancaman yang telah anda lakukan terhadap saya,” ujarnya di Instaram pada Jumaat.

Diana turut memuat naik komen seorang individu yang menggunakan nama akaun Facebook Ismail Upahan yang mengajak netizen untuk merogol isteri Farid Kamil secara beramai-ramai.

Komen netizen yang dianggap sebagai ugutan dan mengancam keselamatannya.

Tambah pelakon Raisha itu, dia menganggap perkara itu sebagai gangguan seksual dan meminta keluarga lelaki berkenaan tidak cuba menghubunginya berikutan tindakan yang bakal diambil.

Diana berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main biarpun sekadar komen di laman sosial.


“Rogol perkara main-main ke? Jika orang tidak dikenali ajak orang ramai rogol isteri kamu dan ajak kamu bergaduh dan mendoakan kehancuran keluarga kamu, kamu rasa perlu untuk baik hati?

“Sedangkan perkara yang bukan masalah kamu pun kamu emosi!” ujarnya.

Rata-rata netizen menyokong pendapat Diana dan berharap aktres berkenaan membuat laporan polis demi keselamatan dia dan keluarganya. – mStar Online

Kategori