Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rakyat Thai Dipelawa Ke...

TRANG (THAILAND) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mempelawa rakyat...

1,290 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,290 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah...

NGO Dapat Teruskan Program...

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa berhasrat meneruskan program tajaan menunaikan...

Nafi Pemilik Kopitiam Old...

PENASIHAT DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham membuat  laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan...

Terlibat Nahas… Mungkin Ini Balasan Allah, Kata Safiey

USAHAWAN kosmetik, Safiey Illias berkongsi berita dia telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga kereta mewah BMW i8 miliknya remuk di bahagian hadapan, malam tadi.

Akibat kemalangan sudah tentu dia juga menanggung kerugian, namun Safiey menganggap kejadian itu terjadi sebagai balasan Allah SWT terhadap dirinya yang sebelum ini berniat untuk menukar jantina.

“Lain kali nak beli kereta baharu jangan sebut depan kereta lama. Nanti dia merajuk.

“Mungkin ini balasan Allah kepadaku kerana mahu nak potong ke******. Ampunkan aku Allah,” tulisnya menerusi akaun sosial Instagram (IG) miliknya.

Meskipun ada yang sudah menyampah dengan sandiwara Safiey berulang kali berkata mahu berubah tetapi masih juga tidak insaf, malah ada juga netizen yang meninggalkan komen-komen ‘pedas’.

Bagaimanapun, ada kalangan pengguna media sosial meninggalkan kata-kata nasihat dan pesanan kepadanya agar bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Allah masih memberi peluang untuk bertaubat… peluang xselalunya diberi… hargailah… bertaubat sebelum terlambat… Amin,” tulis aisyahudarishashraf.


“Semoga Allah beri hidayah buat awak @safieyillias94,” tulis qasehain88.

“Allah jentik sikit, tarik sikit sahaja nikmat yang kita ada… Supaya kita selalu ingat DIA… Allah sayang semua,” tulis dee_adeela.

“Alhamdulillah masih sebut Allah, ingat mak ayah… Ingat balasan semua… Syukur Allah masih bukakan hati,” tulis bili_jin.

“Baharu sikit teguran Allah… Moga muhasabah diri,” tulis annakay616.

Dengan apa yang berlaku, mungkin Safiey harus bersikap lebih terbuka dan mendengar nasihat daripada mereka yang tidak mahu melihat beliau terus hanyut. – Sinar Harian

Kategori