KUALA LUMPUR – Gara-gara tersilap tekan pedal minyak semasa meletak kenderaan di tingkat satu bangunan Sun Complex, kereta seorang pengurus acara terjunam ke Lorong Imbi 14 di sini lalu menghempap tiga kenderaan lain dalam kejadian awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkifly Yahya berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, pemandu kereta Honda Accord yang berusia , 29 tahun itu, bagaimanapun hanya cedera ringan.
Tiada yang lain cedera apabila kereta itu menghempap tiga lagi kenderaan di Lorong Imbi 14 apabila ia menjunam 10 meter ke bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kenderaan terlibat telah dialihkan dari lokasi kejadian dengan bantuan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sebuah kembalik awam (kren tunda). – BERNAMA