Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Berjudi Tak Butang...

BEBERAPA keping foto bertebaran di media sosial dan portal berita tempatan sejak beberapa hari...

Lapangan Terbang P. Pinang...

BAYAN LEPAS - Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dilanda banjir kilat semalam...

Mayat Lelaki Hampir Reput...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki hampir reput ditemukan dalam keadaan terlungkup di...

Kok Mahu Najib Henti...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berhenti...

Tiada Jalan Pintas Untuk Dapat Lesen Senjata Api – KDN

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu tidak wujud ‘jalan pintas’ dalam mendapatkan lesen untuk memiliki senjata api di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata ini termasuk rakan kongsi syarikat senjata api yang perlu membuat permohonan seperti orang lain.

Permohonan ini pula akan melalui beberapa peringkat termasuk yang terakhir iaitu rayuan di peringkat kementerian sekiranya permohonan mereka ditolak, katanya menjawab soalan tambahan Senator Alan Ling Sie Kong di sini.

Menurut Mohd Azis, daripada 169 penjual senjata api, hanya 15 diberikan lesen setakat ini.

Ling ingin tahu jika kementerian berkenaan sedar ada individu menggunakan jalan pintas untuk memiliki lesen senjata api dengan menjadi rakan kongsi syarikat senjata api.

Kepada soalan Senator Datuk Hanafi Mamat yang ingin tahu perkembangan siasatan kes tiga laras AK47 yang dijumpai di Kelantan baru-baru ini, Mohd Azis berkata kementerian sedang memastikan kawalan keselamatan khususnya di sempadan diperketat bagi memastikan tiada senjata dari luar diseludup ke negara ini.


Pada 30 Nov lepas, media melaporkan tiga laras senapang jenis AK47 ditemui tertanam dalam semak di Kampung Gemang, Jeli.

Menurut laporan tersebut, sepasukan anggota daripada 2 Rejimen Renjer Diraja menemui senjata berkenaan bersama tiga kelopak peluru pada kira-kira 4.20 petang. – BERNAMA

Kategori