Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kelab Pemadam Mahasiswa Diperluas...

SEREMBAN - Kelab Pemadam Mahasiswa yang kini ditubuhkan di 14 Institut Pengajian Tinggi...

“Biar SPR Bebas Buat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan melaksanakan kajian untuk menambah kawasan pilihan raya...

Anak Angkat Kedua Azharina...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Azharina Azhar mengesahkan anak angkat keduanya iaitu Rizqie Azharin...

Tanah Runtuh: Tapak Perkhemahan...

BATANG KALI : Tiga tapak perkhemahan yang terbabit dalam kejadian runtuhan cerun di...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Di Filipina

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Governor Generoso dan Davao Oriental di Mindanao, selatan Filipina, pagi ini.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini menasihati rakyat Malaysia yang berada di Filipina supaya sentiasa berwaspada serta tidak mendekati kawasan pantai dan lautan di daerah-daerah berkaitan.

Daerah-daerah itu ialah Compostela Valley, Davao Del Norte, Davao Del Sur, Davao Oriental, Davao City, Sarangani, South Cotabato, Agusan Del Norte, Agusan Del Sur, Surigao Del Norte dan Surigao Del Sur.

“Memandangkan situasi masih belum stabil, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak berkepentingan ke kawasan terlibat buat masa ini,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi Tel: +63 2 662 8200 atau +63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau melalui El-mel: [email protected]


Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao pula boleh dihubungi melalui Tel: +63 82 221 4050 atau +63 936 9684001 atau Elmel: [email protected]

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao akan terus memantau perkembangan terkini di Filipina serta menyelaras tindakan dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa. – BERNAMA

Kategori