Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berdepan Banjir Besar Tak...

TATAU - Lebih seminggu lalu guru wanita ini terpaksa berdepan dengan situasi banjir...

Mufti Perlis Perjelas Isu...

SUSULAN tragedi menyayat hati yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada awal...

Pemberontak Syria Tahan 45...

IDLIB - Pihak pemberontak di Syria mengesahkan mereka menahan sekurang-kurangnya 45 individu di...

Terengganu Julung Kali Paragliding...

KUALA TERENGGANU - Sempena kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, buat pertama kalinya...

Tiada Tolak Ansur Dengan Pihak Salah Guna Lesen Pembalakan

TANJUNG MALIM – Kerajaan negeri Perak tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang didapati menjalankan kegiatan pembalakan haram dengan menyalahgunakan lesen diberikan di sekitar kawasan hutan simpan kekal di daerah Hulu Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan jika benar dakwaan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan semalam mengenai pembalakan haram di Perak, tindakan segera mesti diambil kerana kerajaan negeri serta Jabatan Perhutanan Perak tidak merestui perbuatan itu terutamanya dakwaan penerimaan suapan oleh penguatkuasa.

“Jadi, tindakan saya seterusnya pada hari ini, saya telah meminta Setiausaha Sulit Kanan saya untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan laporan ini kerana saya kira, mereka adalah pihak berkuasa yang boleh mendapatkan lebih maklumat.

“Apabila laporan sebegini keluar, Jabatan Perhutanan telah masuk ke kawasan dilaporkan semalam. Itu tindakan yang kita boleh buat tetapi jika benar melanggar perlesenan hutan dan sebagainya, kita perlu ambil tindakan lain tetapi maklumat itu kita tidak ada,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penyerahan hak milik tanah kepada 179 peneroka Felda Sungai Behrang di sini hari ini.

Semalam, akhbar tempatan berbahasa Melayu melaporkan lapan syarikat didakwa ‘kebal’ daripada sebarang tindakan meskipun menjalankan kegiatan pembalakan haram dengan menyalahgunakan lesen diberikan di kawasan hutan simpan kekal di Hulu Perak.

Laporan itu mendakwa kesemua syarikat berkenaan semakin bermaharajalela menarah hutan sesuka hati atas alasan memiliki lesen yang ‘direstui’ pihak atasan sedangkan mereka menjalankan pembalakan melebihi had kawasan ditetapkan di bawah lesen itu.


Ahmad Faizal berkata pihaknya memerlukan lebih maklumat dan meminta akhbar berkenaan memberikan kerjasama kepada Jabatan Perhutanan berhubung senarai lapan syarikat yang didakwa terlibat menjalankan pembalakan melebihi had kawasan di bawah lesen.

Beliau turut menjelaskan bukan semua hutan rizab tidak boleh dijalankan pembalakan kerana ada yang dibenarkan tertakluk kepada beberapa peraturan yang amat ketat.

“Jadi saya bimbang, ada pihak memikirkan bila kita bagi lesen balak ini, (mereka) boleh tebang pokok apa sekalipun. (Sebenarnya) Tidak, dia ada ‘tagging’ dan proses ini mengambil masa yang panjang.

“… dan saya percaya kalau ada pun lesen-lesen pembalakan yang sedang diusahakan sekarang ini, ia lesen-lesen pembalakan daripada pentadbiran terdahulu sebab ia ambil masa panjang, nak buat ‘tagging’ dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Kategori