Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Farid Syukur Dapat Sokongan...

PENGARAH terkenal iaitu Datuk Farid Kamil meluahkan rasa syukur dan lega kerana masih...

Remaja Hanyut, Bot Karam...

KUALA PERLIS - Seorang remaja dilapor dihanyutkan air setelah bot yang dinaikinya bersama...

Mee Tomoi Tak Mengaku...

KANGAR - Seorang penjual pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari...

FundMyHome Diakui Tidak Bantu...

KANTOI... Skim FundMyHome yang dapat pelbagai reaksi negatif rakyat sepanjang ming­gu lalu tidak...

Tiga Cedera Terkena Renjatan Elektrik Di Kamunting

TAIPING – Tiga pekerja sebuah syarikat kontraktor pemasangan kabel cedera dan melecur akibat terkena renjatan elektrik di hadapan sebuah kilang di Kawasan Perusahaan Kamunting dekat sini pagi ini.

Mangsa Ahmad Nor Fitri Saidin, 21; G, Muniandy, 39, dan Mohd Syawal Che Rose, 30; masing-masing melecur antara 10 hingga 50 peratus di beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Muhamad Yassir Adnan berkata ketika kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, semua mangsa sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel sebuah syarikat utiliti.

“Ketika sampai didapati ketiga-tiga mangsa cedera dan telah diberikan rawatan oleh Perkhidmatan Perubatan Kecemasan sebelum ambulans tiba,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhamad Yassir berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata 12 pekerja daripada sebuah syarikat iaitu kontraktor yang dilantik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjalankan kerja-kerja korek lubang untuk kabel TNB dengan menggunakan dua jengkaut di hadapan kilang terbabit, kira-kira pukul 10 pagi.


Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata tiga pekerja yang berada enam kaki dari jentera itu terkena percikan api apabila kabel hidup TNB terkena korekan yang dibuat oleh jentera tersebut.

Pihak kontraktor, katanya, tidak mengetahui lokasi kedudukan tanda amaran kabel hidup tersebut.

Beliau berkata ekoran insiden itu, TNB memaklumkan berlaku gangguan bekalan elektrik di kawasan industri Kamunting. – BERNAMA

Kategori