Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Parti Amanah Negara Bantah...

KUALA LUMPUR - "Tiada parti politik bernama PAN dalam negara ini," tegas salah...

Hina Islam: 12 Rangkaian...

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia melucutkan permit operasi pub dan rangkaian restoran Holywings di...

Plaza Low Yat Sepi,...

SUSULAN insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam, tinjauan Mynewshub mendapati suasana...

Bayi Maut Dimakan Tikus...

JOHANNESBURG - Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan maut setelah dimakan hidup-hidup oleh...

Tiga Nelayan Ditahan Guna Pukat Tunda Haram

TAIPING – Jabatan Perikanan Daerah Lumut menahan sebuah bot pukat tunda bersama seorang tekong serta dua awak-awak ketika melakukan rondaan di perairan Pulau Trong di sini hari ini.

Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata dalam kejadian 8.20 pagi tadi, pihaknya terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan 1.4 batu nautika dari pantai pulau itu.

Beliau berkata bot berkenaan didapati menutup nombor pendaftaran dan cuba melarikan diri selepas memotong pukat tunda yang digunakan, namun pihaknya berjaya menahan mereka.

“Ketiga-tiga lelaki berumur 35 hingga 50 tahun itu ditahan bersama peralatan dan mereka dibawa ke jeti Jabatan Perikanan Daerah Kerian di Kuala Kurau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mansor berkata hasil pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga nelayan tempatan itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) dan Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985.


Beliau berkata kesemua nelayan itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas proses percakapan (dokumentasi) mereka direkodkan, manakala bot serta peralatan ditempatkan di pangkalan Kuala Kurau.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik sebenar bot berkenaan serta tujuan nombor pendaftaran bot itu ditutup. – BERNAMA

Kategori