Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

R&R Machap Ditutup Enam...

KUALA LUMPUR - Medan selera kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap arah utara...

Helikopter Vietnam Terhempas, 4...

HANOI - Sebuah helikopter buatan Amerika Syarikat (AS) yang pernah digunakan semasa Perang...

Penutupan Jalan Berfasa, Kerja...

SUBANG JAYA - Penutupan jalan bagi kerja naik taraf sistem saliran di Jalan...

Remaja Mati Lepas Pindah...

BALING - Seorang remaja lelaki dijumpai mati di dalam rumahnya di Kampung Belakang...

Tipu Akaun: Pendakwaraya Serbu Samsung BioLogics

SEOUL – Pendakwaraya Korea Selatan pada Khamis menyerbu pejabat utama Samsung BioLogics susulan dakwaan terdapatnya penipuan akaun, lapor media tempatan memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Daerah Seoul.

Samsung Biologics adalah unit Biofarmaseutikaldari Kumpulan Samsung, konglomerat terbesar di negara itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan pihak pendakwa dan anggota penyiasat menyerbu pejabat utamanya di Incheon, kira-kira 40 kilometer di barat Seoul untuk mengumpul bahan bukti.

Turut diserbu dua lagi firma perakaunan yang bertanggungjawab menjalankan audit untuk Samsung BioLogics.

Serbuan dilakukan kira-kira sebulan selepas pihak berkuasa kewangan negara mendapati Samsung Biopharmaceutical “sengaja” melanggar peraturan perakaunan dan merujuk kes itu ke pejabat pendakwaan untuk disiasat.


Samsung BioLogics ditubuhkan pada 2011 dan melancarkan usaha sama Samsung Bioepis dengan Biogen di Amerika Syarikat (AS) pada 2012.

Ia disyaki menipu akaun syarikat untuk membantu Naib Pengerusi Samsung Electronics Lee Jae-yong, pewaris Kumpulan Samsung mengambil alih pengurusan syarikat daripada ayah beliau pengerusi Lee Kun-hee yang dilaporkan sedang sakit. –Ā BERNAMA

Kategori