Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kesihatan Juga Aset Utama...

SEREMBAN - Pepatah Melayu ada menyatakan 'sediakan payung sebelum hujan' manakala pepatah Inggeris...

Bekas Banduan Mati Dipukul...

MERSING: Niat seorang bekas banduan untuk mencari kerja di daerah ini selepas baru...

Sanusi Harap Wakil UMNO...

PAS mencabar Umno supaya meletakkan calon untuk mewakili DAP seperti mana PAS dengan...

Isu Kilang Haram Bakal...

GEORGE TOWN - Isu kilang haram di Pulau Pinang akan dicadangkan sebagai antara...

TMJ Bersama Beckham, Ozil Saksikan Perlawanan Arsenal-Tottenham Hotspur

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London bersama David Beckham dan Mesut Ozil.

“Tunku Ismail dijemput oleh David Beckham dan Mesut Ozil untuk menyaksikan perlawanan antara Arsenal dan Tottenham Hotspur di Stadium Emirates.

“Malahan, Tunku Ismail juga menerima cenderahati daripada Ozil,” demikian catatan pada Facebook TMJ pada Khamis.

Turut dimuat naik gambar Tunku Ismail bersama Beckham dan pemain Arsenal, Ozil dan Sead Kolasinac di bangku penonton.

Ozil turut menghadiahkan jersi kelabnya dengan tertera huruf TMJ dan nombor 84.


Satu lagi foto menunjukkan TMJ turut menerima sepasang kasut sukan.

Dalam perlawanan itu, Arsenal tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur hasil jaringan Son Heung-min dan Dele Alli. – mStar Online

Kategori