Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Batalion 11 PGA Rampas...

BAU - Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan sebuah ladang...

MH370: Saman Boeing, Dakwa...

COLUMBIA (Amerika Syarikat) - Kegagalan elektrik serta masalah lain didakwa antara punca pesawat Malaysia...

Pemandu Lori Didenda RM2,000...

PETALING JAYA - Gara-gara mempunyai tatu melambangkan anggota kongsi gelap di tubuhnya, seorang...

Accapan Sudah Tiada

PELAKON dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2.43...

TNB Akan Umum Butiran Projek Jalur Lebar Pada Januari 2019

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mengumumkan butiran mengenai rancangannya untuk memasuki pasaran perkhidmatan jalur lebar pada Januari.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, TNB sedang dalam proses menmbentangkankan rancangannya kepada kementerian yang berkaitan.

“Saya fikir anda akan mendengar lebih lanjut mengenai ini (butiran projek) pada Januari,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Integriti TNB 2018 di sini, hari ini.

TNB merancang untuk memasuki pasaran jalur lebar dengan menggunakan rangkaian fiber optik sedia ada di seluruh negara dan kini sedang menjalankan projek perintis di Melaka.

Azman berkata, projek perintis tersebut akan siap pada akhir Disember dan syarikat akan menilai keputusannya.

“Saya akan mengatakan bahawa projek berkenaan secara teknikal telah berjaya. Bagaimanapun, tidak akan ada lagi projek perintis,” katanya.


Sementara itu, TNB juga melancarkan buku panduan Sistem Pengurusan Integriti Korporat TNB (TCIMS) sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan integriti dalam kalangan pekerjanya.

Buku panduan itu dilancarkan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis sempena Hari Integriti TNB.

“Kerajaan berbangga dengan inisiatif TNB dalam membangunkan TCIMS untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus dalam kalangan pekerjanya dan semua pihak yang terlibat dengannya,” katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie. – BERNAMA

Kategori