Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sedia Bawa Aduan Rasuah...

MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bersedia menerima sebarang aduan tentang...

Udang Harimau Saiz XXL...

KEMAMAN – Udang Harimau bersaiz XXL akan dilelong pada harga RM35 sekilo di...

Daftar Pemilih Secara Talian,...

PUTRAJAYA – Pendaftaran pemilih secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial adalah...

Poskad Untuk Nenek Tiba...

CO DURHAM (England) - Sekeping poskad yang dihantar seorang kanak-kanak ketika bercuti kepada...

Tolak Tawaran Ke New York Untuk Belajar Erti Susah

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella sanggup menolak tawaran berlakon di New York, Amerika Syarikat kerana mahu merasai pengalaman hidup di kawasan pedalaman di Jakarta.

Katanya, pengalaman menjalani rutin harian tanpa keperluan asas, termasuk elektrik dan air dilaluinya ketika menjayakan penggambaran filem, Ambu atau Mama di sebuah perkampungan tradisional, selama setengah bulan.

“Ketika menerima tawaran itu, saya turut diajukan satu lagi peluang berlakon yang memerlukan produksi ke kota New York.

“Selepas memperincikan segala perkara dan melihat kepada kepuasan, saya nekad menyertai produksi Ambu. Untuk ke daerah itu, kami perlu memandu selama lima jam dan dua jam seterusnya berjalan kaki.

“Di sana, kami terputus hubungan dengan dunia luar kerana tiada rangkaian komunikasi dan generator juga tidak boleh digunakan. Sekiranya mahu mengecas bateri kamera dan telefon, kru perlu berjalan hampir tiga jam.

“Pengalaman itu bagi saya terlalu berharga, terutama apabila melihat penduduk kampung begitu menikmati hidup mereka walaupun jauh daripada pembangunan,” katanya.

Isteri kepada Engku Emran mengakui itu berkata, keputusan dibuatnya itu tepat kerana ia mengubah persepsinya terhadap kehidupan dan nilai kebahagiaan yang sebenar.

“Sebelum ke sana, saya sudah dimaklumkan perkampungan itu tiada api, air dan isyarat telekomunikasi, malah tandas hanya satu, selain terpaksa mandi di sungai.

“Memang pengalaman itu mencabar terutama tidak dapat berhubung dengan Engku Aleesya (anak tiri) dan suami.

Mujur saya ditemani mama yang kerap meyakinkan saya keputusan bersama produksi Ambu adalah terbaik.

“Saya tidak merungut kerana saya yang memilih untuk ke situ. Alhamdulillah, saya dilayani dengan baik dan pengalaman hidup di daerah indah itu sangat bererti.


“Walaupun sudah beberapa bulan berlalu, momen itu tetap segar dalam ingatan saya,” katanya.

Bella berkata, sebaik kembali ke Jakarta selepas selesai penggambaran, dia segera menghubungi mereka yang disayanginya, seolah-olah sudah bertahun tidak mendapat khabar.

“Saya seperti orang yang baru kali pertama bertemu telefon selepas mendapat isyarat komunikasi. Semua orang saya hubungi termasuk Aleesya, suami, adik-beradik dan kawan-kawan.

“Semua perkara saya mahu kongsikan. Dulu, ketika masih sendiri, saya tidak kisah berhari-hari keluar daerah, tetapi sekarang saya ada tanggungjawab terhadap suami dan anak.

“Perasaan rindu itu sungguh luar biasa. Biarpun dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap lakonan tanpa gajet di sisi, saya selalu teringatkan mereka apabila berjauhan,” tambahnya.

Bella mendirikan rumah tangga dengan Emran pada 8 September tahun lalu. – BH ONLINE

Kategori