Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Pemberhentian 10,000 Pekerja Adalah...

PUTRAJAYA - Pemberhentian kira-kira 10,000 pekerja di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama...

Polis Giat Memburu Lima...

PAPAR: Polis mempergiatkan usaha mengesan lima lelaki warga Filipina yang meloloskan diri dari...

Hanya 648 Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator...

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan...

Tomok Rela Diekori Kamera Demi Peminat

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok mewujudkan saluran YouTube sendiri sejak dua minggu lalu bagi berkongsi kehidupan peribadi dan kerjaya demi peminat.

Mendapat inspirasi daripada selebriti antarabangsa yang menggunakan pendekatan sama, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail turut berkongsi sisi berbeza dirinya yang tidak diketahui ramai.

“Saluran YouTube itu bukan saja memaparkan kisah di sebalik tabir kerjaya, namun cerita peribadi bersama keluarga.

“Saya diikuti kamera ke mana-mana sahaja demi berkongsi aktiviti dengan peminat,” katanya kepada BH Online.

Tomok berkata, antara yang bakal dipaparkan dalam saluran itu adalah aktiviti memasak dengan isterinya.

“Disebabkan saya dan isteri memutuskan tidak mahu membuka akaun Instagram anak-anak, jadi saluran ini sedikit sebanyak dapat memenuhi kehendak peminat dan mengubat rindu mereka.

“Saya berharap segala persoalan peminat akan terjawab di sebalik kamera peribadi ini,” katanya.


Mempunyai tenaga produksi kecil untuk saluran YouTube itu, Tomok menjelaskan, dia menyediakan modal bagi membeli kelengkapan diperlukan dalam projek berkenaan.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Tomok masih mempromosikan single terbaru berjudul Bekas Kekasih ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Sejak dilancarkan pada 7 November lalu, video muzik Bekas Kekasih meraih lebih sejuta tontonan. – BH Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • Tomok

Kategori