Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anggota Polis Disaman Guna...

AMPANG JAYA : Seorang anggota polis yang tular menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dan...

GWGF Tetap Sokong BN,...

SETIA... Warga Felda di seluruh negara kekal terus memberi sokongan padu kepada UMNO...

Kucupan Mesra Kekasih Pemain...

MUNGKIN ada sedikit kegembiraan bagi penyokong England meskipun tersingkir di 16 pasukan terbaik...

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa...

SUPERMODEL Naomi Campbell, yang digelar antara model tercantik di dunia, telah dituduh mengubah...

Tony Bantu Pelajar Capai Impian Bawa Ibu Bapa Ke Tanah Suci

KUALA NERUS – Rezeki tidak pernah salah alamat.

Demikian yang terjadi ke atas seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Muhammad Rizqi Saipul Nizam, 18, apabila menerima tiket penerbangan percuma ke Tanah Suci menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Lebih menarik Fernandes bukan sahaja menghadiahkan tiket untuknya tetapi juga kepada ibu bapa Muhammad Rizqi iaitu Saipul Nizam Jusoh, 44, dan Mariam Daud, 44.

Fernandes hadir ke UniSZA bagi program ‘Executive Talk AirAsia: From Zero to Hero’ di UniSZA, di sini hari ini.

Pada awalnya, Muhammad Rizqi mengemukakan soalan kepada Fernandes tentang bagaimana untuk memenuhi impian dan katanya, keinginan utamanya sejak kecil ialah membawa ibu bapanya ke Makkah hingga sanggup berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud apabila berkelapangan untuk merenung kapal terbang bagi menaikkan semangatnya.

Soalan tersebut bukan sahaja memberi inspirasi kepada Fernandes tentang kebaikan seorang anak terhadap ibu bapa tetapi juga berpendapat Muhammad Rizqi adalah pelajar yang mempunyai kesungguhan luar biasa.

Beliau tidak memaklumkan pemberian tiket itu usai menjawap soalan Muhammad Rizqi, sebaliknya memanggil pelajar tahun dua diploma pengajian Islam dakwah UniSZA itu ke pentas sebelum menutup majlis sesi soal jawab bersama kira-kira 350 pelajar.


Pelajar itu kelihatan mengalirkan air mata selepas itu dan berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada Fernandes.

Muhammad Rizqi merupakan anak sulung daripada empat adik beradik dan tinggal di Dungun. Bapanya seorang juruteknik manakala ibunya seorang peniaga.

Selain beliau, dua lagi pelajar dihadiahkan tiket penerbangan ke Australia serta dibenarkan menjalani latihan praktikal di AirAsia.

Ketika ditemui pemberita, Fernandes berkata, beliau kagum dengan semangat pelajar-pelajar yang mengemukakan pelbagai soalan kepadanya dan bersedia membantu mereka yang mempunyai kesungguhan dalam mendapatkan tempat untuk latihan praktikal di AirAsia sebelum menempuh alam pekerjaan.

Antara yang dikongsi bersama pelajar ialah sejarah penubuhan AirAsia serta memberi motivasi supaya mereka fokus pada perkara yang diminati dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. – BERNAMA

Kategori