WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, supaya meninggalkan jawatannya dua bulan lebih awal, akibat marah dengan keputusan pegawai kanannya itu.
Trump mahu Mattis melepaskan kedudukannya mulai 1 Januari ini, berbanding tarikh 28 Februari yang dinyatakan dalam surat peletakan jawatan yang dihantar minggu lalu.
Presiden Amerika Syarikat itu dikatakan mengeluarkan arahan itu kerana sakit hati dengan tindakan Mattis, yang menegur Trump mengenai dasar luar negaranya, susulan keputusan menarik balik tentera negara itu dari Syria, selain merancang untuk berundur dari Afghanistan.
Keputusan Trump itu mendapat kritikan hebat daripada anggota parti Republikan dan Demokrat serta sekutu antarabangsanya, iaitu bercanggah dengan nasihat yang diberikan oleh pembantu kanan dan komander tentera Amerika Syarikat. – Reuters/BH ONLINE