Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jenazah 6 Sekeluarga Selamat...

BACHOK - Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer...

Facebook, Twitter Nafi Hasrat...

WASHINGTON - Eksekutif kanan Facebook dan Twitter memaklumkan pembuat dasar semalam, mereka tiada...

“Biar Pakar Kesihatan Putuskan...

IPOH - Peniaga vape di negara ini tidak akan dibenarkan untuk memasarkan produk...

AirAsia Kenalkan 2 Laluan...

KUALA LUMPUR - Airasia terus mengembangkan hab Johor Bahrunya dengan memperkenalkan dua laluan...

Trump Enggan Bayar Gaji

WASHINGTON -Kira-kira 800,000 kakitangan awam Amerika Syarikat berkemungkinan tidak mendapat gaji menjelang Krismas berikutan tindakan Presiden Donald Trump melaksanakan ‘penutupan kerajaan’.

Operasi beberapa agensi utama berhenti jam 12 tengah malam Sabtu (waktu tempatan) selepas Trump enggan menandatangani arahan peruntukan sementara untuk satu perempat agensi kerajaan.

Trump menolak usul meneruskan belanjawan kerajaan persekutuan hingga 8 Februari 2019 melainkan Kongres meluluskan dana untuk membina tembok sempadan dengan Mexico sebanyak AS$5 bilion (RM20.9 bilion).

Demokrat membantah tuntutan Trump itu.

Penutupan kerajaan itu adalah yang ketiga tahun ini dan tidak dapat dipastikan berapa lama penutupan kali ini akan berlangsung. Semalam, Trump menyatakan harapannya penutupan itu tidak berpanjangan walaupun, sebelum itu berkata, ia berkemungkinan penutupan yang lama.

Tanpa arahan peruntukan sementara itu, 800,000 kakitangan awam sama ada bercuti atau bekerja tanpa gaji.

Peruntukan, termasuk pembayaran gaji untuk tiga perempat agensi kerajaan, termasuk tentera dan jabatan kesihatan adalah hingga September 2019, namun 25 peratus (satu perempat) lagi sudah kehabisan peruntukan.


Sebahagian besar kakitangan NASA diarah pulang bersama kakitangan Jabatan Perdagangan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Kehakiman dan Pertanian.

Taman negara akan terus dibuka, namun kakitangannya tidak bekerja.

“Terpulang kepada Demokrat sama ada mahu penutupan itu dilaksanakan atau tidak.

“Saya harap ia tidak perlu dilakukan namun kami bersedia untuk penutupan yang panjang,” kata Trump Jumaat lalu.

Menurut beberapa senator, pemimpin Kongres kedua-dua parti berunding dengan pegawai Rumah Putih, termasuk Naib Presiden, Mike Pence dan menantu Trump, Jared Kushner. – AFP/myMetro Online

Kategori