Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Sistem Tiket Bersepadu Rel...

KUALA LUMPUR – Sistem integrasi tiket yang menggunakan satu tiket bagi perkhidmatan rel...

Rakyat Indonesia Keluar Mengundi...

JAKARTA - Rakyat Indonesia hari ini mengundi pada pilihan raya umum (Pemilu), bagi...

500 Guru Bantu Pulihkan...

KUALA TERENGGANU: Bantuan untuk murid sekolah yang menjadi mangsa banjir tidak hanya setakat...

Pelabur Antarabangsa Yakin Potensi...

KUALA LUMPUR - Masih terdapat minat yang tinggi daripada komuniti perniagaan antarabangsa terhadap...

Tsunami Berlaku Pantas Akibat Runtuhan Bawah Laut

KERUNTUHAN sebahagian tebing gunung berapi Anak Krakatoa dipercayai menjadi sebab tsunami berlaku, kata Gegar Prasetya dari Pusat Kajian Tsunami Indonesia seperti dilapor Associated Press.

Angka terbaru dilaporkan 62 terkorban dan ramai hilang.

Katanya ombak besar kemungkinan besar disebabkan keruntuhan itu yang berlaku di bawah laut, disebabkan oleh letusan gunung berapi itu.

Gelombang itu katanya tidak tinggi dan hanya berukuran 1 meter, melanda sekitar jam 9.30 malam.

“Sebenarnya tsunami itu tidak sebesar mana, hanya 1 meter. Tetapi banyak binaan dibina terlalu dekat dengan pantai,” kata Prasetya.

Agensi geofisik Indonesia berkata gunung berapi Krakatoa meletus sekitar 24 minit sebelum tsunami.

Menurut pegawai Indonesia, jarang letusan gunung berapi menyebabkan tsunami, dan ini menjadi punca pada awal pihak berkuasa tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Gunung berapi setinggi 305 meter itu terletak 80km luar pantai barat Pulau Jawa dan meletus sejak Jun. Pada bulan Julai, pihak berkuasa meluaskan sekatan masuk ke kawasan itu kepada 2km dari kawahnya.


Tsunami melanda kawasan Selat Sunda, antara Jawa dan Sumatra, dan memusnahkan kampung dan hotel terutama di kawasan Pandenglang, Lampung Selatan dan Serang.

Kawasan ini ialah destinasi percutian popular penduduk Jakarta, terletak 180km dari sana.

Endan Permana, ketua agensi penyelamat di Pandeglang berkata angka korban dan kemusnahan dijangka meningkat.

Anak Krakatoa terbentuk dari saki baki Krakatoa yang meletus pada 1883, yang mencatat rekod sebagai salah satu letupan gunung berapi terbesar dalam sejarah, memuntahkan debu dan batu lebih daripada 20km ke udara, mengakibatkan seluruh rantau gelap.

Letupan didengari sejauh Alice Springs di tengah Australia. Bencana itu mengorbankan 36,000 orang. – Agensi

Kategori