Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

GAMBAR: Tangan Hancur ‘Dimakan’...

NGERI... akibat terleka ketika memasukkan daging dalam mesin pengisar, seorang lelaki warga Indonesia...

Pemuda Bertindak Agresif Terhadap...

SIBU - Seorang pemuda menerima padah selepas bertindak agresif terhadap anggota polis di...

Umat Islam Akan Terus...

KUALA LUMPUR - "Umat Islam akan terus menjadi sasaran fitnah (barat) kerana agamanya....

Najib Tukar Gambar Profil...

LAMAN sosial Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik perhatian warganet...

Tsunami: Malaysia Sedia Bantu Ringankan Beban Rakyat Indonesia

KUALA LUMPUR – Malaysia sedia membantu meringankan beban rakyat Indonesia berikutan tsunami yang melanda sekitar pantai di Selat Sunda, Indonesia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Terkesan mendengar berita tsunami melanda Banten, Indonesia yang sekurang-kurangnya telah mengorbankan 20 nyawa.

“Saya doakan Indonesia terus tabah menghadapi ujian ini. Malaysia sedia membantu meringankan beban saudara kita di Indonesia. @jokowi #PrayForIndonesia,” katanya di laman Twitter beliau, hari ini.

Seramai 20 orang dilaporkan maut akibat tsunami yang berlaku sekitar 9.27 malam tadi (10.27 malam waktu Malaysia) dipercayai berlaku akibat letusan gunung berapi Anak Krakatau.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho berkata mangsa yang terkorban khususnya berlaku di Kabupaten Pandeglang, Lampung Selatan dan Serang.


Setakat 4.30 pagi tadi (Waktu Indonesia Barat), 20 maut, 165 orang cedera, dua dilaporkan hilang dan puluhan bangunan rosak akibat kejadian itu. – BERNAMA

Kategori