ANGKA korban terkini tsunami Selat Sunda mencecah 222 nyawa, menurut pihak berkuasa Indonesia dalam satu pengumuman di Twitter.
Angka terkini itu diumumkan oleh Sutopo Purwo Nugroho dari agensi bencana Indonesia.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 222 terbunuh dan 843 lagi cedera seleas tsunami melanda pantai Indonesia di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera.
Menurutnya lagi, 556 buah rumah, sembilan buah hotel, 60 gerai makanan dan 350 buah bot diketahui telah musnah. – Agensi