Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Tiba Di Peru...

LIMA (Peru) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu...

Hujan Lebat Cetus Banjir...

SHAH ALAM - Hujan lebat berterusan sejak malam tadi menyebabkan dua kawasan di...

Bayar RM30K Untuk Berbuka...

KUALA LUMPUR – Ramai yang mempertikaikan caj bagi Program Iftar Perdana yang dianjurkan...

Usain Bolt Sertai Kejohanan...

LONDON - Jaguh pecut Usain Bolt mengesahkan bakal menyertai acara larian 100 dan 4x100 meter lari...

Tubuh RCI Siasat Kematian Adib

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam tempoh 48 jam bagi menyiasat kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim akibat dipukul ketika bertugas di kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata ia bagi memutuskan keadilan dan memastikan dalang sebenar yang menyebabkan korban nyawa anggota bomba itu menerima hukuman setimpal.

Katanya, tindakan itu sekali gus supaya keadilan kepada Muhammad Adib disiasat seperti kes kematian Teoh Beng Hock.

“Mereka yang bertanggungjawab sudah dilepaskan dengan hukuman ringan di mahkamah, beberapa hari lalu.

“Begitu cepat kes ini (rusuhan) di bawa ke mahkamah. Kini berlaku kematian.

“Jika kes ini berlaku kepada orang bukan Melayu, pasti riuh rendah desakan untuk tubuh RCI.


“Justeru, PERKASA mendesak kerajaan mengumumkan penubuhan RCI Muhammad Adib dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ibrahim berkata kerajaan tiada alasan untuk menolak penubuhan RCI bagi menyiasat kematian Muhammad Adib, yang meninggal dunia selepas tiga minggu mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, beliau turut menzahirkan kesedihan terhadap kejadian itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib. – BH ONLINE

Kategori