Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tok Mat Hanya Bergurau...

PONTIAN - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan beliau hanya bergurau...

Doktor Sahkan Song Ji...

BAGI yang mengikuti rancangan game show popular 'Running Man', pastinya cukup kenal si...

Anggota UMNO Diingat Tak...

TAWAU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengingatkan...

‘Graduan UniSZA Terima Berita...

KUALA NERUS: Luluh hati seorang graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) apabila kegembiraan...

Tun Abdullah Ayub Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di sini awal hari ini.

Perkara itu disahkan isterinya, Toh Puan Anna Abdul Ranee ketika dihubungi BERNAMA.

“Tun dimasukkan ke IJN 4 Disember lepas kerana masalah jantung biasa. Bagaimanapun, beliau diserang strok pada 5 pagi Jumaat lalu (7 Disember).

“Selepas menjalani rawatan, beliau meninggal dunia pada 1.33 pagi ini,” katanya.

Beliau berkata solat jenazah akan berlangsung di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini selepas solat Zohor, sebelum urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dilahirkan pada 3 Januari 1926 di Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak, Abdullah dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara pada 1 Januari 1979 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada 3 Januari 1981. – BERNAMA

Kategori