Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir Di Perairan...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sandakan, Sabah dijangka...

Azmin Memang Pandai Soal...

SEREMBAN - "Takpelah, itu pandangan dia. Berkenaan dengan video dan audio ini, dia...

Tayangan Awal Munafik 2...

PETALING JAYA - Filem sekuel arahan Syamsul Yusof, Munafik 2 yang secara rasmi...

2 Sahabat Maut Dalam...

TAMPIN - Dua sahabat maut apabila motosikal ditunggangi terbabit kemalangan di Kilometer 1,...

Turki Pindahkan Masjid Bersejarah Berusia 610 Tahun

TURKI kini memulakan kerja perpindahan bahagian terakhir sebuah masjid berusia 610 tahun ke lokasi baharu untuk menyelamatkan warisan sejarah itu.

Masjid Eyyubi atau Masjid Kizlar yang terletak di daerah Hasankeyf, provinsi Batman di tenggara Turki ini diselamatkan daripada ditenggelamkan air takungan empangan Ilisu yang telah mula beroperasi.

Beberapa bangunan terletak di laluan perpindahan bahagian masjid seberat 2,500 tan itu yang diangkut dengan jentera berkapasiti besar terpaksa dirobohkan.

Bahagian lain masjid bersejarah itu dipindahkan ke Taman Budaya Hasankeyf yang tidak ditenggelami air.

“Kerja-kerja diteruskan untuk mengelak artifak dimusnahlan air. Artifak lama ini semua akan disatukan di Taman Budaya Hasankeyf dekat kawasan kediaman baharu,” kata datuk bandar Hasankeyf Abdulvahap Kusen.

Bandar lama Hasankeyf akan ditenggelami air untuk memenuhi empangan Ilisu, yang merupakan empangan keempat terbesar Turki.

Pihak berkuasa memindahkan artifak-artifak bersejarah bandar itu. Pengkritik bagaimanapun mendakwa empangan baharu itu memusnahkan sejarah lebih seribu tahun.


Sebelum ini, Tugu Zeynal Bey berusia 650 tahun dipindahkan sejauh 2km dari kedudukannya ke Taman Budaya pada 2017.

Kerja-kerja perpindahan diteruskan dan pada masa sama, pihak berkuasa juga berhasrat melindungi artifak yang tidak dapat dipindahkan.

Proses perpindahan bagi beberapa artifak sudah berjaya disempurnakan, termasuk Tugu Zeynel Bey, Zawiyah Imam Abdullah, tempat mandi Artukli, dan Orta Kapi.

Hasankeyf, terletak 32km dari ibu negeri Batman, diisytiharkan sebagai kawasan dilindungi pada 1981.

Terdapat hampir 6,000 buah gua sekitar bandar itu yang mengandungi kesan sejarah Islam dan Kristian, serta kubu Byzantine. – HDN

Kategori