Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Berterus Terang Adalah Jalan...

PENYANYI jelita, Adira yang baru sahaja bergelar isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan...

2 Pusat Sehenti Bakal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menubuhkan dua pusat sehenti bertujuan memajukan industri kandungan...

Cara Pelik Puaskan Nafsu...

TAIPEI - Seorang lelaki di Taiwan yang cuba cari kepuasan seksual menggunakan alat...

Caruman KWSP, Perkeso Artis...

Kuala Lumpur : Isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan...

Ugut Serang Balai Polis: Presiden JMM Ditahan Polis

SHAH ALAM – Polis hari ini menahan Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia Datuk Azwanddin Hamzah bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berunsur ugutan yang dikeluarkannya pada satu perhimpunan di Klang semalam.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata aktivis itu ditahan pada 2.40 petang tadi di Kompleks Keramat Mall, Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur untuk siasatan menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan susulan ugutannya untuk menyerang balai polis.

“Beliau juga akan disiasat menurut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat penghinaan ke atas individu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata pihaknya akan membuat permohonan reman ke atas Azwanddin di Mahkamah Klang pagi esok.

Pada perhimpunan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moothy’ anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) di Dataran Seni, Klang dekat sini semalam, Azwanddin dalam ucapannya mengeluarkan kenyataan provokasi antara lain mengugut untuk menyerang Balai Polis Klang jika pihak yang terlibat dalam kematian Muhammad Adib Mohd Kassim tidak ditangkap.

Muhammad Adib yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya meninggal dunia pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara, selepas bertarung nyawa kira-kira tiga minggu susulan kecederaan parah yang dialami akibat diserang dan dipukul oleh kumpulan perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lepas. – BERNAMA

Kategori