Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

1MDB Diminta Beri Kerjasama...

GEORGETOWN - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu bekerjasama dan membantu Pasukan Petugas yang...

Budak 9 Tahun Bertukang...

BAIK betul budak-budak ni.Jika tadi kami berkongsikan kisah seorang kanak-kanak lelaki yang sanggup...

Mat Sabu Tiada Modal,...

KUALA LUMPUR - Tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang mendakwa...

Kali Ni… Che Ta...

UMUM sedia mengetahui bahawa Rozita Che Wan sejak dulu lagi kerap bercuti keluar...

UMNO Selangor Nyatakan Sokongan, Kesetiaan Kepada Parti

SHAH ALAM – UMNO Selangor hari ini menyatakan pendirian untuk terus menyokong dan setia kepada parti meskipun seorang anggota Parlimen dari negeri itu, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh bertindak keluar UMNO pada Jumaat lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesemua empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Selangor iaitu Rizam Ismail, Datuk Rosni Sohar, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Datuk Mohd Shamsuddin Lias turut berpendirian untuk terus kekal dengan parti itu.

“Mengenai status anggota Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, beliau masih di Mekah mengerjakan umrah jadi kita tidak dapat hubunginya, namun saya percaya setakat ini beliau maintain dengan statusnya yang masih anggota UMNO,” katanya dalam sidang media di bangunan UMNO Selangor di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Johan Abdul Aziz, Rizam, Mohd Imran dan Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas, BN hanya memenangi empat daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor serta dua daripada 22 kerusi Parlimen, dan kesemuanya dimenangi oleh calon UMNO.

Ditanya pendirian dan sokongan UMNO Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan bahawa UMNO Selangor termasuk tiga sayapnya, Wanita, Pemuda serta Puteri kekal dan terus setia kepada parti.

“Mengenai (sokongan) kepada presiden, bagi UMNO Selangor tindakan kita buat adalah secara bermesyuarah, kalau pun kita nak buat sebarang keputusan atau pandangan kepada presiden kita akan adakan mesyuarat perhubungan UMNO negeri dan kita akan bincangkan.

“Kedudukan presiden masih belum dibincangkan sebab tidak cukup korum, ramai pergi bercuti, mengerjakan umrah. Kita tunggulah selepas mereka balik kalau ada keperluan untuk bincang kedudukan presiden kita akan bincang, tetapi apa-apa pun boleh berlaku sementara itu, macam-macam boleh berlaku,” katanya.


Ditanya mengenai desakan UMNO Bahagian Sungai Besar, diketuai Ketua Bahagiannya Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya Ahmad Zahid melepaskan jawatan, beliau berkata setiap pimpinan bahagian dan cawangan berhak menyuarakan pandangan masing-masing, namun itu tidak menggambarkan pandangan keseluruhan UMNO Selangor kerana ia perlu diputuskan dalam mesyuarat perhubungan.

Berhubung penyebaran gambar beberapa pemimpin UMNO, antaranya timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Noh bertemu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ismail Sabri menjelaskan bahawa pertemuan itu adalah mengenai isu pembubaran UMNO bukannya tentang isu lompat parti seperti dakwaan sebelum ini.

“Memang ada dua kenyataan bercanggah (berhubung pertemuan dengan perdana menteri) tetapi saya lebih suka percayakan kepada kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan saya,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai keputusan Mohd Fasiah meninggalkan UMNO, Ismail Sabri berkata tindakan anggota Parlimen Sabak Bernam itu amat tidak wajar kerana beliau membelakangkan amanah diberikan oleh penyokong yang mengundinya atas tiket BN pada pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata perkembangan itu tidak memberi kesan kepada UMNO Selangor kerana keputusan keluar parti dibuat atas kehendak individu bukan anggota parti.

“Banyak kawasan yang anggota Parlimen melompat parti, UMNO tidak goyang, contoh Tok Pa (Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed) dia lama jadi Ketua Bahagian (UMNO) Jeli, lama jadi pengerusi perhubungan (UMNO negeri), anggota Parlimen dan menteri, bila dia keluar UMNO Jeli terus kukuh dan tiada gerakan ramai-ramai anggota UMNO Jeli keluar parti,” katanya. – BERNAMA

Kategori