HANOI – Vietnam memenangi Piala AFF Suzuki buat kali kedua selepas 2008 dengan menewaskan Malaysia 1-0 dalam perlawanan final kedua di Stadium Nasional My Dinh, di sini malam ini.
Dengan kemenangan malam ini, Vietnam memenangi perlawanan akhir secara timbal balik itu dengan aggregat 3-2.
Nguyen Anh Duc menjaringkan satu-satunya gol pada minit keenam dalam perlawanan malam ini.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam perlawanan final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 11 Dis lepas.
Pasukan:
MALAYSIA: Farizal Marlias, Muhammad Syahmi Safari, Aidil Zafuan Abd Radzak (Muhammad Syafiq Ahmad), Shahrul Mohd Saad, Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak, Akram Mahinan (Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi), Mohamed Syamer Kutty Abba, Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Muhammad Safawi Rasid (Muhammad Akhyar Abdul Rashid), Zaquan Adha Abd Radzak (kapten).
VIETNAM: Dang Van Lam, Que Ngoc Hai (kapten), Doan Van Hau, Nguyen Trong Hoang, Nguyen Anh Duc (Ha Duc Chinh), Do Hung Dung (Luong Xuan Truong), Nguyen Quang Hai, Phan Van Duc (Nguyen Phong Hong Duy), Tran Dinh Trong, Do Duy Manh, Nguyen Huy Hung.
Pengadil: Alireza Faghani (Iran)
– BERNAMA