Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

MasyaAllah.. Pemain Bola Sepak...

TERSENTUH hati kami mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman bernama Danny Blum...

Mohamad Alamin Dipilih Calon...

KIMANIS - Ketua UMNO Kimanis, Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional...

Cuba Serang Pegawai Polis...

IPOH - Empat pelanggan lelaki di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas...

Hasil Kajian Kurang Beban...

KUALA LUMPUR - Hasil kajian juruperunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik Kementerian...

Wan Azizah Ulangi PKR Tak Terima Bekas Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Wan Azizah mengulangi bahawa PKR tidak menerima bekas pemimpin UMNO yang ingin menyertai parti itu kerana tidak yakin mereka akan membawa agenda reformasi kepada negara.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu turut melahirkan lebih keyakinan kepada individu yang menyertai PKR sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerana jelas mereka sememangnya mahu membawa agenda reformasi.

“Pada masa sekarang ini kita tak terima kalau UMNO. Siapa yang bersama kita sebelum pilihan raya beri lebih keyakinan mereka mahu reformasi.

“Yang lain, kita kena tengok… Rakyat telah menukar kerajaan untuk lakukan reformasi dalam negara. Itu ialah asas kepada sebarang pertimbangan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan.

Baru-baru ini, enam lagi Anggota Parlimen daripada UMNO mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.


Mereka ialah Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah); Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) ; Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing).

Sebelum itu, pada Rabu hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri dan dua Senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan untuk kepentingan rakyat yang diwakili. – BERNAMA

Kategori