Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Projector Band Bukan Mat...

KETUA kumpulan dan gitaris Projector Band, Razif memberitahu, mereka bukanlah geng kaki motor...

Penerima Prihatin Dikecuali Lalui...

PUTRAJAYA - Pemandu teksi, kereta sewa, bas persiaran, bas sekolah dan e-hailing yang...

Video: Iklan Hari Raya...

SEPERTI biasa menjelang sambutan Aidilfitri ini, berlumba-lumba syarikat-syarikat korporat mengeluarkan iklan raya yang...

Potret Hidup Papar Emosi...

SERING kali mereka digelar sebagai orang gila, namun sebenarnya kebanyakan penghuni di rumah...

Warga Emas Lemah Tersepit Dalam Bilik Air 3 Hari

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas ditemui lemah di dalam bilik mandi rumahnya di Taman Perdana Sungai Siput dekat Segamat, hari ini, akibat tangan kirinya tersepit di lubang saluran air bilik mandi itu sejak tiga hari lepas.

Siti Jauriah A. Ghani, 70, ditemui terbaring oleh anak lelakinya Yazid Harun, 50, kira-kira 8.30 pagi tadi sebelum menghubungi bomba.

Yazid yang dihubungi Bernama berkata dia mengesyaki sesuatu tidak diingini berlaku terhadap ibunya selepas wanita tersebut gagal dihubungi sejak tiga hari lepas.

Beliau berkata selepas kematian bapanya, Harun Kasah lebih 10 tahun lepas, ibunya memang suka tinggal bersendirian.

“Kami adik-beradik ada mengajak emak tinggal bersama tetapi dia selesa begitu. Saya rasa tidak sedap hati apabila emak tidak menjawab panggilan telefon sejak tiga hari lepas…adik-beradik lain juga menghubunginya (telefon) tetapi langsung tidak ada maklum balas.

“Jadi, saya buat keputusan pergi ke rumah emak dan tiba di rumah saya dapati pintu pagar depan semua berkunci, jadi saya masuk menerusi pagar belakang yang kebetulan memang tidak bertutup sebelum menemui emak terbaring dalam bilik air dengan tangan kiri sepenuhnya tersepit dalam lubang saluran air,” katanya yang tinggal di Kampung Paya Pulai, Segamat, kira-kira lima kilometer dari rumah ibunya.


Yazid berkata dia tidak berfikir panjang lalu terus menghubungi pihak ambulans dan meminta bantuan bomba selepas usaha mengeluarkan sendiri tangan ibunya gagal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Wahim Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.23 pagi tadi dan berjaya mengeluarkan tangan Siti Jauriah 10 minit kemudian.

Operasi membabitkan tujuh anggota bomba itu katanya bertindak memecahkan lantai sekitar bahagian lubang air tersebut untuk mengeluarkan tangan mangsa.

“Mangsa yang mengalami sedikit kecederaan dan lemah kemudian bawa ke Hospital Segamat untuk tindakan seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori