Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lebih 5,000 Pekebun Kecil...

SUNGAI SIPUT - Sejumlah 5,585 pekebun kecil di Perak hari ini menerima dividen...

Mahasiswa Cemerlang Miliki Syarikat...

KUALA TERENGGANU - Di saat mahasiswa lain runsing memikirkan pekerjaan selepas tamat pengajian,...

Lelaki OKU Dihadapkan Ke...

TAMPIN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam, hari ini dihadapkan ke...

Curi Duit RM25 Juta,...

PETALING JAYA : Seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...

Waytha Moorthy Hadir Beri Kenyataan Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri P.Waytha Moorthy hadir di Ibu pejabat Polis Bukit Aman petang semalam, dipercayai berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur hasutan dan perkauman.

Sumber berkata Waytha Moorthy tiba di Bukit Aman pada kira-kira pukul 5.30 semalam untuk memberi keterangan.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata polis akan menyiasat sesiapa sahaja yang mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan yang berkaitan dengan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman itu.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil berkenaan ke tapak baharu itu, juga menyebabkan seorang anggota bomba cedera selain kemusnahan terhadap 23 kenderaan yang dibakar perusuh, kerosakan sebuah bangunan serta gangguan awam.

Sehingga kini 83 orang ditahan bagi membantu siasatan dan daripada jumlah itu 70 sudah direman di mahkamah. – BERNAMA

Kategori