Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hsien Loong Jumpa Donald...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan menjadi hos kunjungan Perdana...

Cantik… Ifa Raziah Muat...

SARIPAH Raziah atau lebih dikenali dengan nama Ifa Raziah mengakui dirinya 'hanyut' dengan...

Lantik Orang Kompeten Jaga...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Tenaga menasihatkan semua pemilik premis yang guna pepasangan voltan...

Wanita Bunuh Anjing Akhirnya...

SEORANG anggota tentera wanita yang merakamkan gambar seekor anjing yang dikat di pokok...

Yaman Tolak Misi Pengaman PBB Di Hodeida

DUBAI – Bandar pelabuhan Hodeida Yaman perlu berada di bawah kawalan kerajaan disokong Arab Saudi, kata Menteri Luar Negara itu kepada Reuters hari ini.

Khalid al Yamani berkata, kerajaannya menolak peranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selaku misi pengaman dan hanya menerima mereka untuk mengawasi pelabuhan berkenaan.

Beliau yang mengetuai delegasi kerajaan yang diiktiraf antarabangsa ke rundingan damai di Sweden bersama pemberontak Houthi berkata mereka bersedia menerima

bahawa hasil pelabuhan Hodeidah kekal di cawangan pusat bank di bandar itu.

PBB turut mencadangkan pemberontak Houthi untuk berundur dari Hodeida sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata sekali gus meletakkan bandar pelabuhan rebutan itu di bawah pengawasan bersama diawasi PBB, menurut satu dokumen.

Dokumen yang disahkan dua sumber delegasi kerajaan Yaman itu menegaskan bahawa tentera gabungan pimpinan Arab Saudi yang memerangi Houthi menghentikan semua operasi di bandar berkenaan sebagai pertukaran untuk pengunduran Houthi.


Wakil Houthi gagal dihubungi untuk mengulas lanjut.

Kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi yang dikaitkan dengan musuh tradisi Riyadh, Iran bertemu di pedalaman Rimbo, Sweden pada hari Khamis bagi menghadiri sidang damai susulan peperangan yang setakat ini mengorbankan 10,000 orang sejak hampir empat tahun lalu.

Cadangan Hodeida adalah satu langkah penting ke arah tuntutan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, yang diusir keluar dari ibu kota Yaman dalam rampasan kuasa oleh pemberontak pada 2014. – AFP/BH ONLINE

Kategori