Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

RM14.22 Juta Kos Penyelenggaraan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan membelanjakan kira-kira RM14.22 juta kos penyelenggaraan kapal Equanimity sejak...

45 Individu Ditahan Terlibat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 45 individu termasuk remaja bawah umur ditahan selepas didapati...

Harimau Malaya Mara Ke...

KUALA LUMPUR – Barisan anak buah Chiew Chun Yong menempah tiket ke peringkat...

ICERD Hapus Hak Istimewa...

KUALA LUMPUR – Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi...

Yayasan Kanser Teruskan Didik Masyarakat

BATU PAHAT – Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) melalui sekretariatnya di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan aktiviti berkongsi ilmu berkaitan penyakit kanser, selain mendidik orang ramai supaya menjadi sukarelawan membantu para pesakit.

Penasihat Sekretariat YKTLJ UTHM Dr Khairunesa Isa berkata bagi melahirkan kesedaran betapa pentingnya para sukarelawan terhadap pesakit kanser ini, satu program berbentuk kursus telah diadakan.

Katanya, kursus itu turut membabitkan pelajar UTHM, yang seramai 80 mahasiswa universiti berkenaan terlibat, sekali gus mahu mencapai objektif sekretariat itu yang ditubuhkan pada November 2017.

“Kami berharap kesedaran dan sifat keprihatinan wujud dalam kalangan peserta kursus ini sehingga mereka mampu menjadi sukarelawan untuk yayasan ini bagi jangka masa yang panjang.

“Semenjak ditubuhkan, sekretariat yang dipengerusikan oleh Muhd Hafizuddin Hishamuddin ini turut memberi pengetahuan tentang penyakit kanser dan cara-cara mencegahnya dengan mengadakan beberapa siri program,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Khairunesa lagi, bagi program yang terkini yang diadakan pada 1 Dis lalu di Galeri Ilmu UTHM, pihaknya telah menjemput Pakar Onkologi yang juga Ketua Jawatankuasa Teknikal YKTLJ, Dr Mohd Roslan Harun dan seorang pesakit kanser, Sellisa Othman.


Katanya, kedua-dua panel berkenaan telah berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kanser.

“Pihak kami kini giat untuk melahirkan lebih ramai lagi sukarelawan, terutamanya dalam kalangan mahasiswa selaras dengan saranan Kementarian Pendidikan yang mahu melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan aktiviti kokurikulum,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini 80 sukarelawan adalah mahasiswa UTHM, dan berharap bilangan itu akan dapat ditingkatkan. – BERNAMA

Kategori