Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

‘Majlis Bersama Timbalan Presiden...

KUALA LUMPUR - Penceramah pada "Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO' semalam telah mengetengahkan...

Model Bakal Hilang Sebelah...

SADIS. Seorang model yang kehilangan sebelah kaki akibat sindrom kejutan toksik (TSS) selepas...

Nelayan Hilang Punca Rezeki,...

KOTA TINGGI - Hampir 30 nelayan di Kampung Orang Asli Sayong Pinang di...

Komunikasi Konvensional Dan Media...

KUALA LUMPUR - Kaedah komunikasi secara konvensional masih relevan dipraktikkan meskipun dunia kini...

‘10 Year Challenge’ Bantu Teknologi Pengecaman Wajah

LOS ANGELES – Cabaran popular kenali sebagai ‘10 Year Challenge’ dipercayai dicipta untuk mengumpulkan sejumlah besar data bagi perisian pengecaman wajah pada masa hadapan, demikian menurut seorang penulis teknologi seperti laporan portal berita CTV News kelmarin.

Cabaran tersebut melonjak popular tidak lama selepas 1 Januari lalu. Ia meminta pengguna media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter memuat naik gambar sebelah menyebelah, menunjukkan wajah mereka sekarang berbanding 10 tahun lalu.

Trend tersebut menjadi ikutan berjuta-juta orang termasuk selebriti Amerika Syarikat seperti Reese Witherspoon dan Jennifer Lopez. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memuat naik gambarnya dan berseloroh bagaimana rambutnya makin beruban dalam tempoh 10 tahun.

Walaupun cabaran itu kelihatan tidak mengundang bahaya, penulis teknologi dan penasihat Fortune 500, Kate O’Neill menyatakan dalam komennya di Twitter kelmarin bahawa 10 Year Challenge mungkin diwujudkan bagi melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) mengecam wajah dan pro­ses penuaan manusia.

“Anda mahukan pangkalan data yang luas dan menyeluruh serta sarat dengan gambar orang ramai. Ia juga banyak membantu jika imej tersebut adalah dalam se­lang masa tertentu seperti 10 tahun,” katanya. – Agensi

Kategori