Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bulan Melawat Kadamaian Tingkat...

KOTA KINABALU - Program Bulan Melawat Kadamaian memberi manfaat besar dalam meningkatkan ekonomi...

Ringgit Susut Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini dalam suasana...

Warga Emas Maut Kemalangan...

BATU GAJAH - Seorang warga emas maut dalam satu kemalangan melibatkan empat buah...

Hujan Lebat, Angin Kencang...

IPOH - Hujan lebat serta angin kencang yang melanda Bandaraya Ipoh menyebabkan beberapa...

122 Mangsa Banjir Di 4 Pusat Pemindahan

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan di bahagian Kuching terus meningkat kepada 122 orang daripada 29 keluarga setakat 8 pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan di sini, berkata 21 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke SK Sebat di Sematan, Lundu, yang dibuka pada 23.30 malam Ahad berikutan hujan berterusan.

Sementara 42 mangsa daripada 11 keluarga terjejas ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu, yang dibuka pada 12.30 tengah hari Ahad.

Seramai 32 orang daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di Dewan Sinaran Kampung Lumut dan 27 mangsa daripada lima keluarga berada di Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu, daerah Kuching. – BERNAMA

Kategori