Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bukan Islam Boleh Minum...

PETALING JAYA - Penguatkuasaan yang tegas perlu dilaksanakan meskipun penganut bukan Islam tidak...

Rizab Terus Jatuh, Kali...

MERUDUM... Ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sibuk cari kesalahan pentadbiran Barisan Nasional (BN)...

Lelaki Warga Emas Korban...

LELAKI warga emas menjadi korban terbaharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 10 kematian...

Mukhriz Guna Pengaruh Bola...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai menggunakan pengaruhnya...

133 Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Di Sarawak

KUCHING – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan, masing-masing di bahagian Kuching, Lundu dan Sematan, meningkat kepada 133 orang daripada 32 keluarga setakat 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam kenyataannya di sini berkata, di Kuching, 32 orang daripada sembilan keluarga yang terjejas akibat banjir ditempatkan di Dewan Sinar, Kampung Sungai Lumut manakala 27 orang lagi daripada lima keluarga berada di Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu.

Sementara itu, sejumlah 42 orang daripada 11 keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Paon, Lundu, dan 32 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sebat, Sematan. – BERNAMA

Kategori