Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Majikan Yakin Kemahiran Lulusan...

KUCHING - Kira-kira 87 peratus majikan di negara ini yakin dengan prestasi dan...

Bekas Pengarah Protasco Bhd...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah Syarikat Protasco Bhd didakwa di Mahkamah Sesyen...

Berehat Berlakon, Isa Mahu...

NAMANYA mungkin masih janggal didengar dalam dunia nyanyian, tetapi Isa Khan merupakan bekas...

Cara Menjadikan Bateri iPhone...

SISTEM operasi terbaharu Apple, iOS 9 telah membuat penambahbaikan mutu bateri supaya ia bertahan...

2 Maut Bom Tangan Dilempar Dalam Masjid

SEKURANG-KURANGNYA dua orang maut manakala empat lagi cedera selepas sebutir bom tangan meletup dalam sebuah masjid di bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina pada awal Rabu, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.

Dua individu tidak dikenali telah melemparkan bom tangan itu ke arah masjid, menyebabkan dua lelaki berusia 46 dan 47 tahun terbunuh.

Polis berkata mangsa, kebanyakannya adalah pendakwah Islam dari Pulau Basilan dan wilayah berhampiran, sedang tidur ketika serangan.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu.

Serangan ke atas masjid itu berlaku susulan insiden letupan berkembar pada Ahad di sebuah gereja di Pulau Jolo dalam wilayah Sulu di selatan Filipina yang meragut lebih 20 nyawa.


Filipina telah mengambil langkah berjaga-jaga manakala pihak berkuasa sedang menyiasat insiden serangan di Pulau Jolo. – BERNAMA

Kategori