Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pejabat Presiden PAS Kata...

KUALA LUMPUR - Pejabat Presiden PAS menafikan laporan portal berita MalaysiaKini bahawa Datuk...

PRK Balakong: Hanya 25%...

BALAKONG - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

RM600 Kepada Pemandu Pelancong,...

PUTRAJAYA - Bayaran secara 'one-off' sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong...

Skuad Bola Sepak Wanita...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak wanita negara meletakkan sasaran realistik untuk meraih...

Abdul Hadi Puas Hati Kerjasama PAS-UMNO

GEMBIRA… Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands jadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi hadapi PRK Semenyih pada 2 Mac.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini beliau puas hati dengan bentuk kerjasama terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan kaji keberkesanan kerjasama itu selepas lihat keputusan PRK tersebut.

“Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN… Ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang… sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Seni dan Hiburan Menurut Islam di Dewan Teater, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, di Kuala Terengganu hari ini.

PRK Semenyih diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Dewan Undangan Negeri tersebut, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lepas.


Ia merupakan yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, negeri berkenaan sudah mengadakan tiga kali PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.

Hubungan PAS dan BN dilihat semakin erat di PRK Cameron Highlands apabila pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkempen membantu calon BN. – Agensi

Kategori