Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Selamba Kencing , Tidak...

Tidak senonoh dan memalukan, Namun wanita ini dengan selambanya membuka seluar dan `tonggek’...

“Saya Tidak Ambil Gambar,...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya...

VIDEO: Kelakar..Kantoi Menari Aksi...

Apa agaknya reaksi anda sekiranya 'kantoi' dengan bapa sendiri semasa merakam aksi-aksi ghairah...

Mesyuarat Khas PRN Sabah...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Akihito Titah Terakhir Sebelum Turun Takhta

BERSEJARAH… Maharaja Akihito menyampaikan titah Tahun Baharu terakhirnya hari ini sebelum baginda turun takhta tidak lama lagi di hadapan ribuan warga Jepun yang hadir beri ucap selamat.

Istana Jepun menyatakan, sehingga awal petang, lebih 114,600 orang telah membanjiri kawasan kediaman kerabat diraja itu untuk melihat Akihito memberi titah ucapan tahunan sempena Tahun Baharu 2019 buat kali terakhir.

Baginda melakar sejarah sebagai maharaja Jepun yang pertama akan turun takhta dalam tempoh kira-kira dua abad. Untuk rekod, Akihito bakal menamatkan tempoh selama tiga dekad bertakhta pada 30 April depan.

“Beta sejujurnya gembira untuk menyambut Tahun Baharu 2019 bersama kamu semua,” titah baginda kepada ribuan yang hadir dengan ramai mengibar bendera Jepun dan menjerit “Banzai” atau “semoga panjang umur”.

“Saya harap 2019 ini akan menjadi tahun agak baik untuk semua pihak,” kata maharaja yang berusia 85 tahun itu diiringi Maharani Michiko yang berdiri di sebelahnya dan anggota kerabat diraja lain.

“Saya doakan keamanan dan kebahagiaan negara kita dan dunia,” tambahnya. Maharaja Akihito menyampaikan ucapan ringkas Tahun Baharu setiap tahun dan dijangka membuat lima lagi kemunculan pada hari ini.

Ada dalam kalangan yang hadir menjerit “Arigato” atau Terima kasih” ketika baginda dengan wajah ceria melambai tangan ke arah mereka manakala ada hadirin yang menyanyikan lagu patriotik.


Seorang wanita tempatan yang berada di baris hadapan dilihat cukup sedih menitiskan air mata ketika dia memandang ke arah Maharaja Akihito.

Pada 2016, Maharaja Akihito mengejutkan negara matahari terbit itu apabila baginda secara rasmi membayangkan hasratnya untuk segera turun takhta kerana faktor usia lanjut dan masalah kesihatan.

Putera sulungnya, Putera Mahkota Naruhito akan menaiki takhta sehari selepas Maharaja Akihito turun takhta sebagai kerabat diraja tertua di dunia itu. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori