Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kes Sirul Azhar Menyamai...

KUALA LUMPUR - Bekas komando polis, Sirul Azhar Umar akan ditahan dalam tempoh...

Janin Ditemui Dalam Loji...

GEORGETOWN - Janin lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam loji kumbahan di...

‘Kendurian’ Punca Raja Buah...

KUANTAN - Fenomena kenduri durian atau 'kendurian' menjadi antara faktor penyumbang kepada permintaan...

Mahkamah Putuskan Esok Jika...

Esok, bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi akan mengetahui sama ada dia...

Akta Baharu Tangani Isu Perpaduan, Sensitiviti Kaum & Agama

PUTRAJAYA – Isu-isu yang melibatkan perpaduan, sensitiviti kaum dan agama yang kini di bawah Akta Hasutan akan ditangani melalui akta-akta baharu yang akan digubal kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, isu berkenaan antara yang dibincangkan pada Mesyuarat Kabinet hari ini yang antara lain bertujuan untuk memastikan undang-undang baharu itu nanti tidak mudah disalah gunakan oleh mana-mana pihak.

“Semua isu tersebut dulu diletakkan di bawah Akta Hasutan dan akta tersebut kita mahu gantikan dengan akta yang tidak mudah disalah guna,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Bantuan Khas Kanak-Kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Mujahid berkata, jemaah menteri turut membincangkan mengenai komitmen kerajaan untuk membanteras korupsi melalui perancangan jangka panjang.

“Ianya akan dilaksana melalui kementerian-kementerian dalam hal yang melibatkan tadbir urus korporat, pentadbiran dan perolehan serta parti-parti politik seperti tadbir urus politik yang akan menjadi asas kepada pelan anti rasuah negara yang akan diumum Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lama lagi,” katanya. – BERNAMA

Kategori