Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Naim Puji Sufian, Lagu...

LAGU Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi sememangnya mempunyai aura tersendiri lebih-lebih lagi apabila...

Terperangkap Bersama Mayat Suami

Johor Bahru - Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas lumpuh yang terperangkap...

Anggota UMNO Sabah Diingatkan...

SANDAKAN - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan anggota...

KJ Individu Pertama Disuntik...

REMBAU - Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjadi individu...

Anak Bunuh Diri, Mahu Ibu Jadi ‘Wanita Paling Gembira Di Dunia’

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemui mati bersama dengan sekeping nota menyayat hati, selepas didakwa membunuh diri untuk membuatkan ibunya sebagai ‘wanita paling gembira di dunia’.

Pasukan kecemasan menerima panggilan mendakwa seorang budak perempuan menggantung dirinya pada pukul 10.18 malam 6 Januari lalu.

Kejadian itu berlaku semasa berlangsung satu festival di mana setiap orang memberikan hadiah antara satu sama lain.

Nota tragik itu mendakwa dia memberikan ‘hadiah terbaik’ dengan membunuh dirinya sendiri.

Dia dilihat menyalahkan dirinya sendiri selepas bapanya meninggalkan dua beranak itu, dan mempercayai dia telah ‘menyakitkan’ dan ‘merosakkan’ kehidupan ibunya.

Antara ayat di dalam surat itu yang menyentuh emosi menyebut: “Saya mahu ibu saya supaya bertenang, tidak banyak bekerja, hadiah terbaik yang saya minta adalah kegembiraannya.

“Saya berharap suatu hari nanti anda akan mengingati saya dan di langit akhirnya, anda memeluk saya.

“Seperti yang anda sering katakan pada saya yang anda berharap saya tidak pernah dilahirkan.


“Saya sangat sayang ibu,” menurut nota tersebut.

Pihak berkuasa di Aguascalientes, Mexico, mengesahkan punca kematian disebabkan menggantung diri.

Jiran-jiran memberitahu bahawa budak perempuan tidak pernah dilihat sedih atau mempunyai masalah.

Pihak berkuasa di Mexico menyiasat kes kematian itu dan laporan tempatan mendakwa polis sedang meneliti untuk mendakwa ibu kanak-kanak berkenaan. – Mirror Online

Kategori