Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Real Madrid Terpaksa Lupakan...

REAL Madrid tidak akan meneruskan hasratnya untuk menandatangani pemain Tottenham Spurs, Harry Kane...

Air Laut Di Kepulauan...

SATU kejadian yang cukup aneh berlaku selepas air laut di Pulau Ai, Kepulauan...

19 Remaja Rentung Pusat...

BANDAR GUATEMALA - Sekurang-kurangnya 19 remaja perempuan rentung dalam kebakaran di pusat perlindungan...

Lagi Produk Qu Puteh...

JENAMA popular yang menjadi buah mulut ramai, Qu Puteh sekali lagi menerima tamparan hebat...

Sindir Mahathir Lebih Bijak Banding Kit Siang

SINIS… Ketua Pemuda BN, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki persoal kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang konon ingin buat blue print untuk iktiraf Orang Asli sebagai warganegara Malaysia.

Menurut beliau, masyarakat tersebut sememangnya adalah kaum Bumiputera yang sudah pun lama diiktiraf dalam perlembagaan negara dan tidak memerlukan apa-apa blue print seperti yang dijanjikan Pakatan Harapan (PH).

“Kit Siang kata kalau PH, menang dia nak buat blue print untuk Orang Asli menjadi warganegara penuh di Malaysia. Kit Siang lupakah orang asli orang bumiputera? Mahathir yang 94 tahun pun lagi celik akal daripada Kit Siang.

“Dia bukan lagi pembangkang tapi sudah jadi kerajaan, maka tak payahlah tunggu Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands,” kata Asyraf Wajdi pada Pidato Pemuda UMNO dan PAS di Tanah Rata, malam tadi.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi. Menurut Asyraf lagi, PH sepatutnya bertindak sebagai kerajaan persekutuan dengan laksanakan segala pembaharuan demi kepentingan rakyat.

“Bukan terus bercakap tentang kelemahan kerajaan terdahulu. Cukup-cukuplah jadi kerajaan pembangkang sebab perangai masih lagi macam pembangkang. Habis PRU (Pilihan Raya Umum) mereka hanya salahkan kerajaan lepas.


“Yang pembangkangnya ialah kami (BN). Kami sendiri yang sepatutnya tunjukkan kelemahan kamu (PH). Bukan kamu yang perlu bercakap tentang kelemahan kami. Habis siapa yang sebenarnya jadi kerajaan ketika ini?

“Kalau tak nak jadi kerajaan bagi kami jadi kerajaan,” sindir Asyraf Wajdi lagi. Tegasnya, beliau meminta rakyat menilai kembali segala janji PH yang masih lagi tidak tertunai dan tidak mahu perkara sama berulang.

Ini termasuk tidak terpedaya dengan pelbagai janji manis ramai pemimpin PH sepanjang mereka berkempen di Cameron Highlands. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori