Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Betul Ke 1 April...

DALAM banyak-banyak barang, apa barang yang orang takkan (berani) bising walau baru je...

Grab Jamin Tiada Kesan...

PUTRAJAYA - Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber...

DAP Buta Perlembagaan

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan...

Pemandu Maut, Seorang Cedera...

SEREMBAN – Seorang pemandu lori tangki maut dan seorang cedera dalam kemalangan membabitkan...

Australia Rampas Heroin AS$54 Juta Dari Malaysia

SYDNEY – Seramai empat lelaki ditahan di sini kelmarin berhubung kiriman dadah jenis heroin bernilai AS$54 juta (RM222 juta) yang tiba di Australia awal tahun ini, lapor agensi berita Xinhua.

Imej menunjukkan sejumlah bungkusan dipercayai dadah heroin mampat di dalam sebuah kotak kayu di Australia.

Kiriman itu tiba di lapangan terbang Sydney dari Malaysia dan dirampas oleh anggota Pasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) yang menyedari ada percanggahan maklumat pada label beberapa kotak kayu berisi pelbagai barangan kraf tangan.

Rampasan itu membabitkan sebanyak 400 ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 154 kilogram (kg).

“Ia amat signifikan dan (rampasan) ini adalah paling besar di Australia dalam tempoh kira-10 tahun melibatkan heroin,” kata Superintendan ABF, Garry Low.

“Penemuan ini merangkumi lebih 80 peratus daripada jumlah pengesanan sepanjang tahun lalu di sempadan.”

Semua lelaki yang ditahan itu berumur antara 23 hingga 31 tahun dan merupakan warga asing. Mereka dihadapkan ke mahkamah berhubung jenayah itu kelmarin .


“Kami akan mengatakan dalam siasatan bahawa orang yang datang melawat ke negara kami untuk mengagihkan kuantiti besar dadah,” menurut Pemangku Asisten Komisioner Polis, Stuart Smith kepada media tempatan.

“Kami akan mengatakan mereka dalam proses membuat pengasingan dan mengedarkannya ke pasaran Sydney.”

Sewaktu melakukan serbuan di serata bandar ini pada Khamis lalu, polis turut menemui 35kg dadah jenis methamphetamine.

“Secara amnya, dadah bernilai lebih AS$75 juta (RM309 juta) boleh dan nyaris-nyaris masuk ke pasaran (Sydney),” kata Smith. – Agensi

Kategori