Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Bella, Maaf Kerana Biar...

AKHIRNYA, pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah...

Saman Syarikat Kerana Kerja...

Mavam-macam gelagat manusia....di Perancis, seorang lelaki telah menyaman bekas majikannya sebanyak £280,000 kerana...

Kelantan Didesak Hadkan Lesen...

MACHANG - UMNO Kelantan hari ini mendesak kerajaan negeri supaya mengehadkan pengeluaran lesen...

“Chong Wei Tahu Apa...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yakin sebarang keputusan atau...

B40 Boleh Bayar Yuran MRSM Secara Ansuran Atau Tangguh

SHAH ALAM – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), dari kalangan keluarga golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang tidak berkemampuan dibolehkan untuk membuat pembayaran pendaftaran kemasukan, secara ansuran atau membuat penangguhan bayaran.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Mara memaklumkan pelajar berkenaan boleh membuat permintaan kepada pihak pengurusan maktab ketika hari pendaftaran.

“Pelajar dan ibu bapa tidka perlu bimbang kerana pihak Mara sentiasa memberikan keutamaan kepada pelajar B40 serta memastikan cita-cita mereka untuk melanjutkan pelajaran ke MRSM tidak terhalang,” jelas agensi itu.

Mara menetapkan yuran pendaftaran bagi pelajar baharu Tingkatan 1 dan 4 untuk kemasukan ke MRSM 2019 sebanyak RM342 seorang.

Sebahagian besar daripada yuran ini adalah untuk kegunaan dan menampung aktiviti pelajar sepanjang pembelajaran di MRSM.

Dalam pada itu, Mara turut memaklumkan pelajar dalam kalangan miskin tegas, pihaknya telah memperkenalkan Program Bantuan Untuk Pendidikan Mara (Budi).


Pelajar yang terpilih dalam program ini akan dipertimbangkan untuk mendapatkan wang saku berjumlah RM50 sebulan serta pengecualian bayaran wang caruman sebanyak RM60 sebulan.

“Tahun ini, Mara menyasarkan 500 pelajar akan ditawarkan skim Budi di mana bantuan ini ditaja beberapa GLC dan pusat zakat.

“Sehubungan itu, Mara turut mempelawa syarikat dan orang ramai terutama anak-anak Ansara yang berpeluang mendapat pendidikan terbaik di MRSM suatu ketika dahulu untuk turut serta menyumbang dalam program Budi,” kata kenyataan itu. – Sinar Harian

Kategori