Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Meninjau Sejarah Modenisasi Felda...

TANGGAL 1 Julai 1956 menjadi tahun keramat peneroka Felda. Era pembangunan Felda menjadi...

Lebih 30 Mayat Hangus...

BANGKOK : Sekurang-kurangnya 30 mayat ditemui rentung dalam kenderaan yang dibakar, dalam serangan...

UMNO Desak Segerakan PRU15

BAGAN DATUK - UMNO mendesak agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat...

MIC Antara Parti Gabungan...

TANJUNG MALIM - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan, MIC merupakan...

“Bahaya Sangat Ke Saya Main FB,” Soal Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah cuba menghalang beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan melalui media sosial.

Najib berkata ia antara salah satu syarat yang dikenakan ke atas dirinya sebelum beliau dibebaskan dengan ikat jamin.

“Bahaya sangat ke saya main Facebook?” soalnya.

Beliau berkata ramai tidak mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Harapan pernah mengenakan dua syarat sebelum mereka membenarkan dirinya dibebaskan dengan ikat jamin.

“Syarat-syarat itu adalah saya tidak boleh menganjur atau menghadiri diri di sebarang acara awam kecuali acara agama.

“Saya juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menggunakan Facebook dan Twitter,” katanya.


Bagaimanapun Najib berkata dia bersyukur kerana hakim telah menolak dua syarat berkenaan.

“Alhamdulillah, tuan hakim telah menolak syarat-syarat kerajaan PH.

“Dan saya masih boleh menjelaskan serta menyangkal fitnah-fitnah PH terhadap saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu melalui media sosial,” katanya. – mStar Online

Kategori