SEORANG transgender yang dipenjara bersama beberapa banduan lelaki paling digeruni di Britain, merayu kepada rakan-rakanya untuk kos pembedahan jantina sebanyak £25,000 (RM131,584) bagi membolehkannya kembali ke penjara wanita.
Karen White, yang sebelum ini dikenali sebagai David Thompson, dipindahkan ke penjara HMP Wakefield selepas menyerang dua banduan wanita di penjara New Hall berdekatan.
Karen dihantar ke penjara wanita semasa ditahan kerana menyerang seorang jiran lelaki berusia 66 tahun, menggunakan pisau stik.
Transgender berusia 52 tahun itu yang kini memohon kepada rakan-rakannya untuk membiayai pembedahannya, berkata: “Saya berharap untuk kembali ke penjara wanita semula.”
“Tetapi satu cara untuk hasrat ini dicapai dengan saya menjadi seorang wanita. Masa tu pihak penjara tidak mempunyai pilihan melainkan menghantar saya ke penjara wanita,” katanya.
Karen yang masih sah sebagi seorang lelaki, dipenjara seumur hidup sejak Oktober lalu kerana merogol, serangan seksual dan mencederakan.
Selain bersalah merogol dua wanita, pada 2003 dan 2016, dia ditahan kerana melakukan serangan menggunakan pisau.
Semasa tahanannya, Karen melakukan serangan seksual ke atas dua banduan wanita.
Menerusi pendengaran mahkamah, dia menggunakan penampilan wanitanya bagi memperdayakan mangsa.
Hakim, Christopher Batty menyifatkan Karen sebagai seorang penjenayah paling manipulasi. – Mirror Online