Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Perlu Cakna Prosedur Pengambilan...

KUALA TERENGGANU - Orang ramai atau komuniti perlu peka mengenai undang-undang dan prosedur...

2020 Bakal Jadi Mimpi...

SHAH ALAM - Rakyat mengharapkan tahun 2020 menjadi sinar buat mereka, namun sebaliknya...

Hello! Adakah Ini Komen...

ADA deman gubra yang melanda Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar....

Singapura Akan Sertai Pakatan...

SINGAPURA - Singapura akan terus mengambil bahagian dalam inisiatif integrasi perdagangan serantau lain...

ECRL: Lebih 2,000 Hilang Kerja, China Bertindak Balas

BAHANA… Akibat tindakan rejim Pakatan Harapan (PH), pelbagai spekulasi mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mula menampakkan kesannya kepada kehidupan rakyat marhaen.

Menurut Exco Pemuda UMNO Malaysia, Ahmad Badurol Hisham Mukhatar, kira-kira 2,250 rakyat tempatan telah kehilangan kerja akibat keputusan kerajaan PH gantung pembinaan projek itu kononnya untuk rundingan semula.

Malah ujarnya, projek yang diyakini akan dibatalkan itu juga bakal bawa Kelantan, Terengganu dan Pahang ke ‘zaman gelap’ akibat kurang usaha Kerajaan Persekutuan untuk memajukan tiga negeri ditadbir pembangkang itu.

“Pastinya, China telah lancar perang dagang terhadap Malaysia apabila kejatuhan harga komoditi kelapa sawit begitu mendadak selepas PH politikkan isu ECRL dengan bermain angka kos pembinaan yang konon meningkat.

“Atas sebab itu, kerajaan China hari ini lebih minat import kelapa sawit secara terus dari Indonesia. Hari ini seluruh pengusaha kebun dan ladang kelapa sawit termasuklah peneroka Felda sedang menerima impak buruknya.

“Ia akibat daripada langkah sumbang kerajaan PH,” kata Ahmad Badurol dalam satu kenyataan di ibu negara hari ini sebagai ulas sikap dolak-dalik kerajaan pusat tidak serius dalam isu ECRL sehingga jadi bahan jenaka netizen.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP semalam memberitahu kononnya kerajaan Malaysia masih lagi berunding dengan kerajaan China berkenaan projek rel mega berkenaan.


Bagaimanapun, kenyataan bercanggah beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuatkan rakyat kebingungan.

Mengulas lanjut, Ahmad Badurol menyimpulkan situasi tidak pasti mengenai nasib projek ECRL tersebut kini meletakkan rakyat Malaysia dalam keadaan ibarat ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran’.

Ini berikutan rakyat Pantai Timur terus ‘bergelap’ daripada sebarang pembangunan manakala perang dagang China terhadap Malaysia pula tentunya merugikan golongan petani dan peneroka tanah rancangan Felda dan Felcra.

“Kerajaan di bawah PH terus bermain tarik tali dalam keputusan pembatalan projek ECRL apabila wujud konflik kepentingan antara menteri dengan Perdana Menteri,” kata Ahmad Badurol. – Agensi/Mynewshub.TV

  • Lagi berita berkaitan:
  • ECRL

Kategori