Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Padah Bar Nama Raja...

SINGAPURA - Sebuah bar dengan nama raja dadah Colombia, Pablo Escobar terpalit kontroversi...

Ketua UMNO Bentong Nafi...

PRK PELANGAI | Pemangku Ketua Umno Bentong, Mohamad Zaini Salleh, mendakwa dia tidak...

Najib Tegaskan Hanya Peti...

TOKYO - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan gentar dengan...

Najib Mohon Bicara 1MDB...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak hari ini memfailkan permohonan supaya Hakim...

Bekas ADUN Tahan Meninggal Dunia

KUANTAN – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Ahmad Jaafar, yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, meninggal dunia awal pagi ini.

Rakan sejawatannya, Datuk Zailaludin Zainal berkata, mangsa ditemui meninggal dunia di bilik penginapannya di sebuah homestay di Sungai Koyan, Lipis oleh Setiausaha Politik Menteri Besar ketika cuba mengejutkan mangsa untuk solat Subuh.

“Difahamkan selepas pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, beliau masuk ke bilik di Homestay Sungai Koyan kira-kira jam 2.00 pagi.

“Namun ketika hendak dikejutkan untuk menunaikan solat Subuh, Allahyarham didapati sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, punca sebenar Allahyarham meninggal dunia masih belum dapat dipastikan dan mayat dihantar ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat.


Katanya, jenazah selepas itu akan dibawa pulang dan dijangka dikebumikan selepas Zuhur di kampungnya Bukit Genting, Jerantut.

Ahmad Jaafar pernah berkhidmat sebagai ADUN Tahan selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada 2004. – BERNAMA

Kategori