Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kisah Pemandu Teksi Luah...

BEBERAPA hari sahaja menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu,...

Puteri Balqis Diejek Hingga...

KASIHAN sungguh nasib yang menimpa pelakon cilik, Puteri Balqis ekoran kontroversi yang terpalit...

Kakak Bobby Brown Nafi...

KAKAK kepada bekas suami mendiang Whitney Houston, Leolah menafikan khabar angin mengatakan anak...

Kisah 1MDB ‘Sukar Untuk...

PETALING JAYA - Seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dari PKR mendapati...

Bekas Pengerusi Agensi Kerajaan, CEO Syarikat Direman 4 Hari

PUTRAJAYA – Seorang bekas pengerusi agensi kerajaan bergelar Datuk direman selama empat hari bagi membantu siasatan salah guna kuasa melibatkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

Turut direman, seorang wanita iaitu ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.

Majistret Irza Zulaika Rohanuddin membenarkan kedua-dua individu tersebut direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 12 Jan ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lelaki berkenaan yang berusia 64 tahun pada kira-kira 5.50 petang dan wanita berusia 32 tahun pada kira-kira 5.20 petang di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas mereka hadir memberi keterangan .

Menurut sumber SPRM, bekas pengerusi agensi kerajaan tersebut disyaki menggunakan jawatan dan kedudukannya, dalam mencadangkan sebuah syarikat secara lantikan terus dalam satu projek kempen pengiklanan digital yang berjumlah lebih RM99 juta menggunakan peruntukan agensi kerajaan tersebut.


Sumber SPRM itu berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi dengan berpakaian SPRM berwarna jingga dan tangan bergari. – BERNAMA

Kategori