Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Arab Saudi Dipenjara...

RIYADH – Seorang wanita Arab Saudi dihukum penjara 45 tahun berikutan hantaran-hantaran di...

Awas Pemandu Menggila Ketika...

KUALA LUMPUR – Pemandu menggila ketika cuti raya? Awasilah. Bayangkan situasi ini. Anda sedang memandu...

Caj Perkhidmatan Bukan Cukai...

KUALA LUMPUR - Caj perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna selama ini bukan cukai...

Proton Bakal Keluarkan SUV...

KUALA LUMPUR - Hak pengeluaran kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan prospek paling menarik...

Bentuk Hidupan Laut Macam Rambut Trump

UNIK… Sejenis hidupan laut aneh berwarna kuning yang dilabelkan menyerupai rambut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pakar marin.

Gambar gumpalan lutsinar yang ditemui di pesisir Pantai Durras di New South Wales, Australia itu telah dihantar ke Pusat Penemuan Marin Pantai Sapphire di Eden untuk dikenal pasti sebelum dikongsi dengan orang ramai.

Makhluk akuatik tersebut kelihatan seperti sejenis obor-obor, cebisan badan sejenis hidupan laut, satu bahagian badan sejenis ikan, ketulan telur atau mungkin juga selendang wanita yang sudah lama berada di dalam laut.

Perkara itu disahkan pengurus pusat marin tersebut, Kerryn Wood. Seorang pengguna media sosial berpendapat gambar itu kelihatan seperti rambut Trump yang terjatuh ke dalam laut dan Wood bersetuju ada sedikit persamaan.


Beliau bagaimanapun percaya gambar itu adalah cebisan obor-obor blubber yang banyak terdapat di pantai timur Australia dan mungkin terdampar selepas makhluk tersebut menjadi makanan kepada hidupan laut lain.

Trump sering dijadikan bahan jenaka pengkritik terutama fesyen rambutnya dengan banyak karikatur lucu sering gambarkan wajah pemimpin AS itu menerusi corak gaya unik rambutnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori