Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

2 Pegawai Bank Didakwa...

KOTA KINABALU - Dua pegawai bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Ringgit Terus Rendah Berbanding...

RINGGIT meneruskan kerugian pada minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari...

Bekas Pengerusi PKM, Abdullah...

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM), Abdullah CD atau nama sebenarnya...

Pemuda PAS Kesal Sikap...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan sikap pemuda DAP...

Bertuah! Syed Saddiq Bawa Ibu Ke Konsert Maher Zain

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bangga kerana akhirnya berpeluang membawa ibunya menyaksikan konsert Maher Zain.

“Saya mahu membawa ibu saya bila beliau pertama kali datang ke Malaysia beberapa tahun lalu sebagai hadiah hari jadi, tetapi saya tidak dapat berbuat demikian ketika itu kerana kesulitan masa,” katanya ketika menghadiri sidang akhbar berhubung Maher Zain Malaysia Tour 2019.

Anggota Parlimen Muar itu menyifatkan artis keturunan Sweden-Lubnan tersebut sebagai seorang insan yang membawa lagu-lagu yang memberi ilham kepada orang Islam menghayati semangat ihsan dan kasih sayang.

“Saya harap mesej itu tersebar ke seluruh negara semasa kunjungan beliau ini,” kata Syed Saddiq.

Buat pertama kali, penyanyi R and B itu akan membuat persembahan di empat lokasi berbeza di Malaysia: Axiata Arena, Kuala Lumpur (9 Mac); Stadium Pasir Gudang, Johor(15 Mac); SPICE Arena, Pulau Pinang (16 Mac); dan di Kota Kinabalu, Sabah (17 Mac).


Konsert itu ditampilkan oleh CIMB Islamic Bank Bhd, dan dianjurkan oleh New Catalysts Resources and MyEventsInternational, dengan Bernama dan SinarHarian sebagai rakan media rasmi.

Tiket berharga antara RM78 dan RM1,000 boleh didapatkan di www.tixmalaysia.com. – BERNAMA

Kategori