Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bapa Perkosa Bayi Baru...

SEORANG bapa yang tergamak merogol bayi perempuannya yang baru lahir dan mengasarinya sehingga...

Lelaki Lebih Tertarik Kepada...

AUBURN HILLS – Satu kajian yang dijalankan oleh sepasukan penyelidik Universiti Oakland di...

Rafizi Menang Jawatan Timbalan...

Kuala Lumpur : Keputusan rasmi pemilihan PKR akan diumumkan pada 25 Jun dan...

Kaki Kiri Bayi Lelaki...

GEORGE TOWN – Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sudah memberi rawatan sewajarnya...

Bidaan Siri Pendaftaraan KER Mulai Esok

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka tender tempahan bagi nombor pendaftaran kenderaan KER 1 hingga KER 9999 kepada orang awam bermula esok hingga jam 12 tengah hari, 28 Januari ini.

Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff, berkata pihaknya menyasarkan RM1.5 juta nilai bidaan keseluruhan bagi siri KER.

“Ini berikutan sambutan yang memberangsangkan pada siri nombor pendaftaran lalu seperti KEN yang mengutip RM4.13 juta di mana ia adalah kutipan tertinggi bagi JPJ negeri ini.

“Selain itu juga, nilai bidaan dan jualan bagi siri KEE pula merekodkan RM1.87 juta diikuti KEP sebanyak RM899,347 dengan KEQ yang mencatatkan sebanyak RM680,045.30,” katanya kepada pemberita di Pejabat JPJ Kedah di Jalan Suka Menanti, di sini hari ini.

Katanya, bagi siri nombor pendaftaran KER kali ini, terdapat empat kategori harga tempahan yang disediakan kepada orang ramai.

“Bagi kategori Nombor Bernilai Utama (Golden Numbers) seperti KER 1 hingga KER 10, ia berharga RM10,000 manakala bagi kategori Nombor Menarik (Attractive Numbers) seperti KER 14 atau KER 15, ia bernilai RM20,000.

“Selain itu, RM300 dikenakan bagi mereka yang ingin menempah nombor pendaftaran siri itu yang membabitkan kategori Nombor Popular (Popular Numbers) dan Nombor Biasa (Running Numbers),” katanya.

Beliau berkata, bidaan tertinggi bagi siri sebelum ini pula banyak membabitkan siri KEN 1 di mana nilainya adalah RM510,00.

“Bagi siri KEE 1 pula, ia bernilai RM308,000 diikuti siri KEP 1 dan KEQ 2 yang bernilai RM150,000 dan RM44,000.


“Kami ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah melantik mana-mana individu bagi menguruskan urusan ini. Semua urusan adalah secara terus antara orang awam dan pihak JPJ,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh mengemukakan tempahan kepada Pengarah JPJ Perlis dan panduan serta syarat lanjut mengenai tempahan boleh dilayari di laman web JPJ di http://www.jpj.gov.my/.

Sementara itu dalam perkembangan lain pula, Ismasuhaimi berkata, selaras dengan perubahan waktu operasi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri itu, pihaknya juga sudah mengubah waktu operasi tugasan JPJ di kaunter mereka di UTC Alor Setar dan Sungai Petani.

“Bagi operasi kaunter JPJ di UTC Alor Setar, waktu operasinya akan dijalankan pada Ahad hingga Khamis bermula jam 1 tengah hari hingga 10 malam selain berhenti rehat pada jam 7 hingga 8 malam.

“Manakala bagi Jumaat dan Sabtu pula, ia bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang dan di UTC Sungai Petani pula, ia beroperasi dari Khamis hingga Sabtu jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Perubahan waktu operasi kaunter JPJ ini dibuat selaras dengan langkah penjimatan kerajaan menerusi operasi mereka di UTC,” katanya. – BH Online

Kategori