Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Badan Peguam Saman PDRM,...

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM),...

RON97, RON95 Naik 10...

KUALA LUMPUR - Harga bagi setiap liter RON97 dan RON95 naik 10sen manakala...

Gempa NZ: Dua Terbunuh,...

CHRISTCHURCH: South Island di New Zealand digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.5...

PAS Minta Nik Omar...

KOTA BHARU - PAS akan menghantar surat tunjuk sebab kepada Nik Omar Nik...

Bilik Lepaskan Marah, 15,000 Botol Dipecah Sebulan

MENGGUNAKAN kayu pemukul besbol, pelanggan Smash, Qiu Siyu menghentam sekuat hati sebuah tong umpama radio lama kereta, telefon bimbit, pembesar suara dan juga patung.

Kosnya 158 yuan untuk tempoh 30 minit dalam bilik marah di Beijing, di mana mereka perlu memakai pakaian perlindungan sebelum menggunakan penukul dan kayu besbol untuk meluahkan kekesalahan ke atas objek tertentu dengan berlatar belakangkan muzik pilihan pelanggan.

Qiu, pelajar berusia 16 tahun yang berkaca mata dan memakai pendakap gigi berkata, dia ke bilik itu untuk melepaskan geramnya mengenai sesuatu yang berlaku di sekolah.

“Saya rasa lega apabila dapat memusnahkan botol dan melihat objek itu pecah,” katanya sambil tersenyum.

Sejak dibuka September lalu, pelanggan telah memecahkan kira-kira 15,000 botol setiap bulan, kata Jin Meng, yang mengasaskan bersama Smash.

Buka bertujuan mempromosi keganasan, Smash mensasarkan untuk membantu golongan yang hidup mereka tertekan di bandaraya Beijing.

Menurut wanita berusia 25 tahun ini, kumpulan sasar mereka adalah pelanggan berusia antara 20 dan 35 tahun.

Seorang lagi pelanggan, Liu Chao, 32, kelihatan tenang selepas selesai sesi dalam bilik berang itu.

“Jika kami ada wang, tentu sekali kamu dapat memukul apa saja- televisyen, komputer, botol, perabot, patung tetapi hanya satu yang kamu tak boleh pukul iaitu individu lain,” katanya.


Perkhidmatan seumpama itu juga wujud di negara lain termasuk Amerika Syarikat.

Kata Jin, kira-kira 600 pelanggan mengunjungi Smash ssetiap bulan.

“Seorang wanita membawa semua foto perkahwinannya dan memukulnya. Kami memang mengalu-alukan pelanggan untuk membawa barangan sendiri.

“Setiap kali kami berdepan kes seperti ini, mereka bagai mengesahkan bahawa kami telah menyediakan tempat selama untuk melepaskan perasaan negatif,” katanya.

Di Beijing, kata Jin, langkah seterusnya adalah untuk membuka bilik marah baharu di pusat beli-belah di mana orang ramai boleh meluangkan masa sebentar untuk melepaskan amarah mereka. – The Jakarta Post

Kategori